Tuesday, October 26, 2010

Takdir Cinta Kita

Synopsis
Episod 1

Ana (bukan nama sebenar) seorang gadis yang sangat manis.. Dia anak kedua dari 2 orang adik beradik. Dilahirkan dalam keluarga yang agak berada.. Ana berasal dari negeri selatan tanah air iaitu Johor. Dia berjaya melanjutkan pelajaran peringkat ijazah sarjana muda di fakulti Akademi Pengajian Melayu di Universiti Malaya. Ana agak terkenal dikalangan pelajar di APM kerana pewatakan yang menarik sentiasa mendapat perhatian di kalangan pelajar lelaki. Malah di hostel tempat dia menginap turut berlaku pekara yang sama.

Ada dikalangan pelajar senior cuba untuk menghampiri dia dan ingin berkenalan tetapi fahana tidak melayan karenah pelajar-pelajar senior itu. Sesiapa yang tidak kenal dengan lebih dekat dengan dia mungkin akan menganggap Ana seorang yang agak sombong. Di kolej kediaman tempat dimana Ana tinggal telah kedengaran suara-suara yang agak tidak berpuas hati dengan dia kerana sikap Ana yang tidak suka bergaul dan bercampur dengan orang yang tidak dikenali menimbulkan rasa agak kurang senang pelajar di situ baik lelaki mahupun perempuan.

Setiap hujung minggu Ana akan pulang ke rumahnya di Batu Pahat, Johor kerana lebih selasa menghabiskan cuti bersama keluarga. Ana akan dijemput oleh abangnya setiap kali hujung minggu. Ana sangat manja dengan ibunnya kerana bilangan ahli keluarga yang tidak ramai menyebabkan perhatian diberikan lebih kepadanya berbanding abangnya yang bolh berdikari sendiri. Abang Ana telah mendirikan rumahtangga pada usia 23 tahun dan kini sedang menunggu cahaya mata yang pertama bagi mereka. Ana sangat teruja untuk melihat ahli keluarga yang baru.

Di Universiti Ana seorang yang agak aktif dalam aktiviti –akiviti yang dianjurkan oleh kolej. Walaupun baru 4 bulan berapa di University, Ana cepat untuk menyesuaikan diri dalam aktiviti yang melibatkan orang ramai. Setiap kali Ana muncul pasti mata lelaki terarah kepada Ana. Hal ini menyebabkan ada perasaan kurang senang di kalangan pelajar senior kerana Ana mampu menarik perhatian ramai lelaki. (BERSAMBUNG)..


BERSAMBUNG KEMBALI...
Episod 2


.Setiap pagi ana akan berjalan kaki untuk pergi ke kuliah kerana fakultinya berhampiran dengan hostelnya. Ana ditemani beberapa kawannya yang lain yang juga teman rapatnya. Ana menghabiskan masa bersama mereka kerana ana agak kekok untuk bergaul dengan orang yang tidak dikenalinya. Pada satu hari, semasa sedang berjalan pulang dari kuliah, ada dihampiri sebuah kereta yang agak mewah. Pada ketika itu, ana berseorangan kerana subjek yang diambil ana tidak sama dengan kawan-kawan baiknya. Kereta itu memberhentikan betul-betul dihadapan ana. Pada ketika itu, hati ana sudah berdebar dan berasa takut kerana dia berseorangan. Pemandu kereta itu menurunkan cerminnya yang agak gelap itu. Seorang jejaka yang agak tampan dan berpakaian kemas yang memandu kereta itu. Ana yang masih terpinga-pinga cuba menoleh ke dalam kereta itu. Pemuda tersebut rupanya ingin bertanya arah jalan untuk menuju ke fakulti Akademi pengajian melayu. Ana yang dalam keadaan takut tadi kini kembali normal dan menunjukan arah jalan untuk menuju ke APM tadi. Dalam hatinya terdetik,  “boleh tahan jugak mamat kacak ni”. Ana yang tersenyum simpul lalu berada dari situ dan pemuda tersebut menuju ke APM. Sampai saja di bilik ana baringkan dirinya di atas katil dan tersenyum seorang diri sambil teringatkan jejaka kacak itu tadi. Tetapi hati kecilnya berkata, tak perlu ada perasaan suka kerana fokus utamanya ialah untuk belajar. Lalu ana membuang perasaan itu jauh-jauh dan meneruskan aktiviti hariannya iaitu membuat assignment dan berfacebook.


Pada keesokan harinya, ana dan kawan-kawan berjalan kaki untuk pergi ke kuliah, tiba-tiba ana terlihat kereta yang menghampirinya lalu  dihadapannya dan menuju ke APM. Hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan pemuda itu dan apa yang dilalukan pemuda itu di fakultinya. Sebaik sampai di dewan kuliah ,ana masih terfikirkan persoalannya tadi sehinggakan kawan-kawannya menegur sikap ana yang agak mendiamkan diri sebaik tiba di kuliah. Ana hanya memberikan senyuman kepada kawan-kawannya itu. Sebaik pensyarah masuk, ana kembali fokuskan kepada pelajarannya. Diakhir kuliahnya, pensyarah memperkenalkan seorang jejaka untuk mengantikan tempat pensyarahnya untuk seketika kerana pensyarahnya terpaksa mengambil cuti buat seketika atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Rupanya pemuda yang ana jumpa pada hari sebelumnya itu adalah pensyarah ganti untuk kelas yang diambil oleh ana. Pemuda itu merupakan lulusan Sarjana dari Universiti Kebanggsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Kesusasteraan Melayu. Berumur 26 tahun, masih bujang dan berasal dari utara tanah air. Nama pemuda itu, Mohammad Aidil. Pada ketika itu, pelajar-pelajar perempuan yang lain mula berbisik antara satu sama lain dan perkataan yang didengar ialah “wah..bestnya dapat lecture kacak. Aku tak mau ponteng kelas dah la lepas ni” . Ana hanya mendiamkan diri sahaja kerana dia tidak suka ada perasaan lain semasa di kelas. Pada hari itu, topik perbualan kawan-kawan kelasnya hanya tertumpu pada pensyarah ganti itu sahaja.

Kelas yang diajar En. Aidil itu seminggu hanya dua kali iaitu 2 jam untuk kuliah dan 1 jam untuk tutorial. Setiap kali kelas En. Aidil, pasti kaum-kaum hawa akan memamstikan kerusi-kerusi dihadapan akan dipenuhi oleh mereka. Hal ini menimbulkan perasaan kurang senang oleh kaum adam. Perwatakan yang dibawa oleh En. Aidil yang agak “friendly” menyebabkan ramai berasa senang dan tidak berasa bosan ketika mendengar kuliah yang diberikan oleh En.Aidil. Sekali sekala kelihatan mata En.Aidil terarah kepada Ana yang berada disudut agak jauh. Namun, Ana tidak memperdulikannya sebaliknya meruskan aktivitnya iaitu menulis nota kuliah. Masuk minggu kedua, semasa diakhir kuliah En Aidil, beliau memanggil nama ana yang sedang berjalan kelaur dari dewan kuliah itu. Ana terkejut dan tertanya-tanya kepada En Aidil memanggilnya. Sebaik tiba dihadapan En Aidil, Ana memberikan senyuman manisnya yang boleh membuatkan ramai jejaka akan jatuh cinta padanya. Sebenarnya En Aidil baru perasan siapa Ana, gadisnya yang pertama dia jumpa semasa melaporkan diri di UM . En Aidil bertanyakan kepastian adakah Ana orang yang memberikan tunjuk arah itu. Ana hanya senyum dan menganggukkan kepalanya. En Aidil ingin mengajak Ana untuk ke Kafe untuk belanja Ana minum sebagai tanda terima kasihnya kepada Ana diatas pertolongan Ana itu. Ana terkejut dan malu pada ketika itu, dia memberikan alasan dia ada hal yang perlu diuruskan segera dan meminta maaf kerana menolak pelawaan pensyarahnya itu. En Aidil hanya tersenyum dan memahami situasi Ana. Lalu Ana beredar dari situ menuju ke pejabat Fakultinya.

Seperti biasa menjelang hujung minggu, Ana akan mengemaska barang-barangnya untuk pulang ke rumahnya di Batu Pahat. Pada petang jumaat itu, abang Ana menelefonnya untuk memberitahu bahawa abangnya tidak dapat datang untuk menjemputnya pada hari itu diatas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan. Ana yang sudah bersiap berasa kecewa dan tetap mahu pulang ke rumahnya. Dia mengambil keputusan untuk pulang menaiki bas sahaja. Ana berjalan keluar dari hostelnya menuju ke hentian bas/teksi untuk mengambil teksi pergi ke Terminal Bas Sementara, di Bukil Jalil. Semasa menunggu teksi, kelihatan sebuah kereta berwarna hitam bercermin gelap member isyarat untuk berhenti dihadapannya. Tiba–tiba……..(BERSAMBUNG YE)

BERSAMBUNG KEMBALI...



Episod 3


Tiba-tiba Ana terkejut kerana En Aidil rupanya yang memberhentikan kereta itu. Ana tersenyum simpul apabila En Aidil menegurnya. En aidil menanyakan tujuan Ana berada disitu, lalu ana memberitahu bawaha dia ingin pulang ker rumahnya di Johor menaiki bas di bukit jalil. Kebetulan dalam masa yang sama En Aidil mempunyai urusan di Bukit Jalil lalu dia mengajak ana untuk menaiki keretanya. Ana yang keberatan untuk menerima pelawaan en aidil itu kerana ana seorang yang pemalu dan tidak biasa menumpang kereta lelaki yang dia kurang kenali. En Aidil menyakinkan kepada ana dia ikhlas untuk menumpangkan ana kerana pada ketika itu hari semakin petang dan susah untuk mendapatkan bas. Pada hari itu cuaca semakin mendung dan hujan di jangka akan turun pada bila-bila masa. Melihat kepada keikhlasan en aidil dan factor cuaca, akhirnya ana menerima pelawaan en aidil itu untuk menghantarnya ke terminal bas di bukit jalil.

Jam di kereta En Aidil telah menunjukkan sudah pukul 6 petang. Pada ketika itu jalan raya agak sesak kerana waktu puncak orang ramai keluar dari pejabat untuk pulang ke rumah. En aidil memandu kereta dengan agak pelahan sambil mendengar celoteh di Sinar FM. Ana pada ketika itu masih mendiamkan dirinya tanpa berkata-kata kerana dia agak malu untuk berbicara dengan En Aidil. Melihat kepada situasi itu, En Aidil memecahkan ruang sunyi itu dengan menanyakan soalan kepada Ana. En aidil cuba untuk mengenali Ana dengan lebih lanjut dan ingin tahu latar belakang keluarga Ana. Ana dengan perasaan yang malu mula bersuara, dan menceritakan latar belakangnya kepada En Aidil. Sekali sekala En Aidil memberi jelingan manja kepada Ana sambil memberi perhatian kepada pemanduannya.

Keadaan di jalan raya semakin sesak apa bila memasuki lebuhraya KL- Seremban. Pada ketika itu, hujan mula turun renyai-renyai membasahi jalan raya. Keadaan menjadi semakin gelap pada ketika itu, Ana masih menceritakan kehidupanya kepada En Aidil. Setelah itu Ana pula menanyakan latar belakang En Aidil pula. EnAaidil tanpa rasa  segan silu mula bercerita tentang dirinya dengan nada yang agak yakin sambil di dengar oleh ana. Sekali sekala Ana tersenyum simpul apabila En Aidil membuat jenaka bagi menghilangkan tekanan memandu dalam keadaan agak kesesakan. Pada satu ketika, En Aidil menyoal satu soalan yang membuatkan Ana terdiam buat seketika, En Aidil ingin tahu sama ada Ana sudah mempunyai teman lelaki atau belum. Ana hanya terdiam lalu hanya tersenyum apabila mendengar soalan itu lalu Ana cuba mengalih tumpuan En Aidil dengan menunjukkan satu kemalangan yang berlaku di tepi lebuhraya itu. Disebabkan kemalangan itu, En Aidil terlupa seketika dengan soalannya itu. Setelah hampir sejam setengah berada didalam kereta En Aidil, akhirnya sampai juga di Terminal Bas sementara di Bukit Jalil. Sebelum Ana turun dari ketera, En Aidil memberikan sekeping kad namanya kepada Ana. En aidil sempat berpesan jika perlukan apa-apa pertolongan daripadanya, boleh menghubunginya pada bila-bila masa sahaja. Ana menyambutnya dengan senyuman manisnya itu lalu mengucapkan terima kasih kepada  En Aidil kerana sudi menghantarnya ke situ. Lalu Ana terus menghala ke kaunter tiket bas. En aidil pun berada dari situ setelah Ana hilang dari pandangan matanya.

Setiba di kaunter tiketnya, Ana meminta kepada penjual tiket untuk membeli tiket bas untuk ke Batu Pahat dan dia inginkan “single seat” namun pejual memberitahu bahawa kesemua tempat duduk yang seorang telah penuh dan yang tinggal hanya kerusi berdua. Ana tiada pilihan lain terpaksa juga membeli tiket itu kerana dia tidak sabar untuk pulang ke rumah kerana rindukan keluarganya. Waktu perjalanan bas untuk ke Batu Pahat pada pukul 9 malam. Ana terpaksa tunggu hampir sejam di situ sebelum menaiki bas. Semasa menunggu di situ.. tiba-tiba Ana terdengar satu suara menegurnya dari belakang. Ana menoleh kepalanya kebelakang dan mendapati rupanya suara yang menegurnya itu adalah…….(BERSAMBUNG LAGI HEHE)




Episod 4

Ana menoleh kepalanya dan mendapati rupana suara yang menegurnya itu adalah kawan baiknya semasa di sekolah menengah. Namanya zakri dan dia kini melanjutkan pelajarannya di UITM dalam jurusan sains teknologi. Zakir memang pakar dalam hal-hal berkaitan komuter ini. Lalu ana bertanya arah tujuan zakri berada disitu. Zakri memberitahu bahawa dia mahu pulang ke batu pahat juga. Kebetulan arah tujuan mereka adalah sama dan bas yang mereka naiki juga adalah sama. Setibanya bas disitu, mereka bergegas menaikinya kerana sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah. Sebaik ana duduk ditempat kerusinya, tiba-tiba zakri muncul dan duduk disebelah ana. Rupanya tempat mereka berdua hanya bersebelahan. Ana bersyukur sangat sebab orang yang disebelahnya adalah orang yang dia kenal.
Semasa dalam perjalanan, mereka berbual rancak kerana sudah lama tidak berhubung setelah masin-masing menamatkan pelajaran di peringkat SPM.  Masing-masing bercerita mengenai kehidupan mereka sebagai mahasiswa. Sebenarnya pada zaman persekolahan dulu, zakri adalah salah seorang yang meminati ana. Cuma zakri tidak berani untuk meluahkan perasaannya kerana takut cintanya di tolak. Dia hanya memendamkan perasaannya sehingga sekarang. Zakri seorang yang berkulit hitam manis dan mempunyai hidung yang agak mancung kerana zakri mempunyai kacukan melayu dengan india.

Jarak perjalanan dari bukit jalil untuk ke batu pahat mengambil masa kira-kira 3 jam setengah. Suasana malam makin sunyi, namun zakri dan ana masih berbual walaupaun pada ketika itu ana agak keletihan. Disebabkan lama tidak berjumpa ana mengagahkan dirinya untuk berbual dengan zakri. Setelah 2 jam didalam bas perbualan mereka menjadi semakin perlahan. Dan beberapa minit lepas itu masing-masing tertido dalam keadaan keletihan. Pada ketika itu hujan masih membasahi bumi. Setelah mengharungi perjalanan 3 jam 30 minit, mereka selamat sampai di stesen bas batu pahat. Sebaik saja sampai , kedua-dua mereka terjaga dari tido dalam keadaan yang agak kepenatan. Sebaik turun dari bas, ana menelefon ayahnya untuk datang mengambilnya disitu. Jarak rumah ana dengan stesen bas hanya 10 minit. Zakri juga menelefon abangnya untuk datang ambil disebabkan pada ketika itu bas untuk ke rumahnya sudah tidak beroperasi kerana sudah lewat. Sementara menunggu keluarga masing-masing zakri memberanikan diri untuk meminta nombor telefon ana. Ana yang tanpa segan silu memberikan nombor telefonnya beserta emel facebooknya. Zakri sempat berpesan, jika ada masa bolehlah jumpa dia lagi. Dalam hati zakri terdetik “alangkah indahnya kalau aku dapat keluar dating dengan ana”

Selepas menunggu beberapa ketika, ayah ana muncul dengan menaiki sebuah kereta yang agak mewah. Maklum lah ayah ana mempunyai jawatan yang agak tinggi di pejabatnya. Ayah ana ialah penolong pengarah di pejabat daerah, Batu Pahat. Kira-kira pukul 12 mlm ana tiba di rumahnya. Pada ketika itu, ibunya sedang menanti dalam keadaan yang sudah mengantuk. Namun tetap menunggu anak kesayangannya pulang ke rumah. Sebaik tiba di rumah ana berpelukan dengan ibunya melepaskan rindunya. Selapas itu ana meminta izin untuk pergi berehat didalam bilik. Ana mencium pipi ibunya sambil mengucapakan selamat malam. Ana membersihakan dirinya sebelum tidur. Sebaik sahaja ana membaringkan dirinya di atas katil kesayangannya, tiba-tiba handfonnya berdering. Ana melihat di paparan skrin handphonenya siapa yang menelefonnya malam-malam tapi tiada dalam senarainya. Ana membiarkan saja hanfonnya berdering kerana tidak mahu menjawab panggil kerana dia tidak mengenali nombor itu. Apabila ingin melelapkan matanya sekali lagi handfonnya berbunyi, nombor yang sama juga yang menelefonnya. Kali ini dia terus menjawab panggilan itu.. rupanya orang yang menelefonnya itu ialah……..BERSAMBUNG HAHAHA




9 comments:

  1. ermmm...not bad but seems not to dramatic..krg kepuitisannya...bhasa yg digunakan kurang estetika..he3

    ReplyDelete
  2. heheheh... slh stu mata yg melihat tu.. abg la kn??? heheheheheh... jeng jeng jeng...

    ReplyDelete
  3. ni buka novel laaa..ni lebih kurang cerita pendek..ade lg jln ceritanya nnt...lebih dramatik la tunggu je

    ReplyDelete
  4. eiii... bersambung ag... abg nie.. mmg la ske wt gimik..

    ReplyDelete
  5. drama kt tv pun ada gak smbung2 kn haha..rilek la..panjang lg cita ni..

    ReplyDelete
  6. cam pngalaman jerk..
    haha..anyway terbaik bg bdak yg xambek bahasa..
    sempoii

    ReplyDelete
  7. haha pengalaman orang lain tp di adaptasikan dalam sebuah cerita..ingat k, ni bukan novel haha..yelah sy ni budak Pusat Sukan je..tak pandai nk guna ayat sastera..

    ReplyDelete
  8. eh2..org xkata pun eh..ok lah klau org yg xambek sastra mampu mnulis..sapa ckap novelnye?>..haha..
    ok la tuh..lbh dari ok dah..bkn semua org leh mnulis tau dah..org yg ambik sastra pun lom tntu pndai gi...ish3

    ReplyDelete
  9. i try my best ye,,if ada salah dan silap minta maaf banyak2 la..coz percubaan pertamaku hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...