Monday, December 5, 2011

Dengarlah Wahai Hati


Wahai hati.....  
bersabarlah menempuhi ujian dari Allah untuk kamu...
mungkin suatu hari nanti pastikan akan ada jua sinar untukmu..
usahlah kamu berputus asa mendapatkan apa yang kamu mahu…
teruskan berusaha dan berdoa pada Tuhan mu…
semoga Dia mendengar doa dan rintihan mu….
Jangan sesekali lupa kepada Pencipta mu itu..
DIA Maha Berkuasa diatas tiap-tiap  sesuatu..

Wahai hati..
Jika dia bukan ditakdirkan untuk bersama kamu…
Usahlah kamu menangisinya….
Mungkin dia ada sebabnya yang kamu sendiri tak tahu…
Mungkin itu yang terbaik untuk dirinya dan kamu…
Sedarlah wahai hati…
Kamu ibarat enggang dan pipit…
Mana mungkin kamu dapat bersatu..
Kecualilah itu ketentuan Ilahi dia jodoh kamu….

Wahai hati…
Namu percayalah pada diri….
Andai kamu ikhlas mencintai dirinya..
Pasti akan ada sinar untuk kamu bersama dengannya….
Walaupun kamu terpaksa bersaing dengan orang yang cuba dekatinya…
Kamu pasti akan memilikinya….
Jangan mudah mengalah dengan cabaran dugaannya..
Teruskan cuba dan mencuba..
Walaupun terpaksa menunggu entah bila…
Penantian yang mungkin hanya sia-sia…

Wahai hati…
Mintalah pada Allah supaya ditunjukkan jalannya…
Bangun di pagi hari takkala semua orang tengah dibuai mimpi..
Berdoalah apa yang kamu inginkan untuk hidup kamu…
Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani…
Berdoalah dengan penuh keikhlasan dan pengharapan…
Agar semua impian mu di makbulkan oleh Ilahi..

Wahai hati….
Andaikata dia terbuka hati untuk menerima mu….
Jagalah hatinya seperti mana kamu menjaga hati ibu bapamu…
Jangan persiakan hidupnya…
Sekali hatinya terluka pasti susah untuk sembuh seperti sediakala…
Titipkanlah kebahagian dalam hubungan kamu….
Jagalah batas-batas pergaulan antara kamu dengan dia…
Mintalah agar hubungan itu direstui oleh Ilahi…
Mintalah juga supaya hubungan itu terhindar dari godaan syaitan…
Agar perhubungan itu sentiasa dirahmati oleh Allah…
Jadikanlah dia isteri kamu yang pertama dan terakhir…
Sayangi lah dia seperti mana kamu menyanyangi diri kamu..
Jagalah anugerah yang amat bernilai itu sebaik-baiknya..
Didiklah dia supaya menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali..
Semoga ikatan perkahwinan kamu itu nanti menjadi sebuah ikatan…
Yang kekal abadi diduniawi dan syurgawi….
Dia Tercipta untuk Kamu…Hiasan terbaik dalam hidup kamu..

Hasil karya : Muhammad Al Nasuha


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...