Friday, May 27, 2011

Untukmu Tanah..


Tanah...........
Kaulah segalanya..
Kami di ciptakan daripadamu..
dan kami akan dikembalikan kepadamu jua..

Tanah...
takala si anak-anak kecik sedang asyik mengalunkan irama kompang..
takala anak-anak kecil ini sibuk membuat persiapan..
untuk menyambut kedatangan tetamu ke teratak mereka..
kau begitu kejam memusnahkan impian mereka.

Tanah...
kau datang tanpa diundang...
kau datang tanpa memberitahu...
kau datang dalam diam...
kau datang tanpa amaran..

Tanah..
dalam sekelip mata sahaja..
kau memusnahkan semua impian dan cita-cita si anak kecil yang tidak berdosa ini..
kau meragut keriangan mereka..
sangat pantas kau datang..

Tanah...
Tanggal 21 Mei 2011(sabtu) menjadi tarikh keramat...
jam 2.15 petang...kau telah menghempas sebahagian daripadamu..
menyembah kebumi...
saat itu..anak.anak kecil yang sedang berada berhampiran dengan mu..
berlarian dan melaungkan tabir kepada Maha Pencipta...

Tanah..
sebahagian daripada 25 orang penghuni rumah anak-anak yatim
tertimbus dalam runtuhan mu...
mereka lenyap sekelip mata...
mereka yang sempat melarikan diri berusaha untuk menyelamatkan yang masih bernyawa...
namun semuanya usaha gagal apabila runtuh yang jatuh menghempap mereka yang tersepit...
dan akhirnya..mereka pergi buat selama lamanya.........

Tanah...
16 orang menjadi mangsamu...
si anak-anak kecik teperangkap dalam runtuhanmu..
tidak sempat untuk melarikan diri ketika kau datang menghempap bumi..
menjadi korban mu adalah anak-anak kecil yang baru membesar..
yang penuh dengan cita-cita dan impian..
kenapa kau begitu kejam.....

Tanah...
kau terimalah anak-anak kecil ini kembali...
16 jasad kini milikmu kembali...
peliharalah mereka daripada siksaan alam barzkah...
selamatkanlah mereka daripada siksaan kuburmu...

Tanah...
ketahuilah..kini..si ibu kehilangan anak...
si nenek kehilangan cucu...
si abang kehilangan adik...
yang telah pergi takkan kembali lagi..
pergi menghadap Ilahi...

Tanah....
sesungguhnya engkau juga ciptaan Ilahi...
sesungguhnya kami diciptakan daripada mu..
kau peliharalah kami umat islam daripada siksaan kuburmu...
kau jauhilah kami dari bencana yang datang darimu...

Ya Allah Tuhan Maha Pencipta...
Kami menadah tangan kepada Mu...
Hanya Engkau tempat kami memohon rahmat Mu...
Sesungguhnya..kami memohon kepada Mu Ya Allah S.W.T...
Kau peliharalah anak-anak yatim dan anak hidayah madrasah at Taqwa ini...
Tempatkanlah mereka dalam para kalangan syuhada dan solihin...
Ampunkan dosa-dosa mereka...sesungguhnya mereka ini sangat mulia....
Ampunkan juga dosa-dosa kedua ibu bapa mereka yang lebih awal menghadap MU...
Jauhilah mereka dari siksaan dariMu Ya Allah....
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Mengasihani...
Hanya padaMU kami berserah dan memohon pertolongan...
Tiada Tuhan yang disembah melaikan Mu Ya Allah...
Amin........Ya Rabbal Alaminnnnnnnn.

ikhlas dariku..
hairee azizan. a.k.a Adiq.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...