Sunday, May 15, 2011

My Resipi..try laa cuba k kalau nak tau sedap ke tak hehe



Koew Teow Ladna

Bahan-bahan ( 2 org )

  • kueh teow
  • 3 ulas bawang putih dicincang kecil2
  • 2 sudu minyak
  • 2 sudu sos tiram
  • sekeping dada ayam
  • lobak merah
  • kobis bunga
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • cili padi
  • kobis
  • air
  • garam dan secubit ajinomoto

Cara-cara

  1. panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kuning. masukkan ayam yg dipotong kecil2.
  2. Bila ayam dah masak, masukkan sos tiram. goreng seketika. masukkan air mengikut keperluan.
  3. masukkan lobak merah terlebih dahulu.
  4. bila dah nak mendidih masukkan kobis bunga, cili padi, kobis, garam dan ajinomoto. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.
  5. Setelah kuah mendidih bolehlah dihidang bersama kueh teow. 

Resipi Kedua

Jelly Kelapa Muda

Bahan-bahan ( Hidangan 6-7 orang )

  • 500ml Air kelapa muda + isi kelapa
  • 600ml Air
  • 1 cawan gula(ikut selera sendiri)
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • Daun pandan untuk aroma

Cara-cara

  1. Masak semua bahan diatas hingga mendidih.Tuangkan kedalam acuan kegemaran dan sejukkan.Nyamannnn sekali 

Resipi Ketiga

Char Kueh Teow ala Penang

Bahan-bahan ( 2 org )
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sk petis
  • 2 sb pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
  • 1 sk gula
  • * UTK MEE *
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sb cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
  5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh...... 

1 comment:

  1. jeli kelapa muda. sedap sangat tambah2 musim kemarau sekarang. letak dalam peti ais. oh.. sedapnya


    [Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...