Monday, December 6, 2010

menghargai cinta

kenapa orang mahu jatuh cinta ? padahal cinta itu adalah hal terberat yang bisa dikerjakan manusia. cinta membuat manusia untuk lebih mendahulukan kepentingan pasangannya dibanding kepentingan dirinya sendiri. cinta membuat manusia untuk berkorban bagi orang yang dikasihinya bahkan dalam beberapa peristiwa sampai sanggup berkorban nyawa. cinta membuat manusia tersiksa fikirannya kerana memikirkan orang yang dikasihinya. cinta itu membuat manusia untuk tidak lagi memikirkan tentang AKU tetapi KITA!


kekecewaan yang harus diterima saat orang tidak lagi mencinta kita juga cukup "berat". putus cinta sering membuat orang melupakan dirinya sendiri sehingga banyak peristiwa dimana nyawa sanggup dikorbankan. putus cinta sering membuat orang menjadi "gila". putus cinta sering membuat orang menjadi sedih berpanjangan. putus cinta sering membuat orang melakukan sesuatu yang mungkin tidak pernah dilakukan sepanjang hidupnya.

tetapi itulah cinta, kenyataannya setiap manusia tetap saja "mengejar" cinta. apakah ada di antara kita yang tidak "mengejar" cinta dalam hidupnya ? mungkin akan lebih baik jika cinta tidak dikejar, kerana cinta sebenarnya tumbuh di hati setiap manusia. dan cinta akan tumbuh subur jika manusia mahu memeliharanya dengan rasa kasih dan sayang.


manusia tidak perlu takut dengan kekecewan cinta kerana krasa kecewa itu timbul kerana ke-AKU-an dari dalam diri manusia itu sendiri.  cubalah melihatnya dengan mata hati dan fikiran yang jernih, bahawa semua hal yang timbul kerana wujud sikap ke-AKU-an dan ke-INGIN-an dari dalam diri manusia itu sendiri. jika hal itu bisa dihilangkan atau paling sedikit diwujudkan, betapa manusia akan bisa hidup tanpa kesengsaraan, dan penderitaan lagi.

lihatlah bahawa sekitar kehidupan manusia juga di "jalankan" oleh cinta, matahari menyinari bumi dengan cintanya, pohon-pohon tumbuh dan berkembang dalam cinta dari bumi, haiwan-haiwan hidup dan berkembang dari cinta tanaman dan pohon di sekitarnya dan akhirnya manusia juga tumbuh dari cinta alam kepadanya.

cinta adalah anugerah terbesar yang diberikan Tuhan kepada mahluk ciptaanNya, termasuk manusia, dan berbahagialah manusia yang bisa merasakan dan memupuk cinta itu. kerana tidak ada yang lebih mulia di dunia ini dibandingkan dengan cinta.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...