Tuesday, December 7, 2010

Cerita Tahun Baru 1432 H

Assalamualaikum...sebelum aku berceloteh panjang.aku nak ucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1432 Hijrah..semoga dengan tahun baru nie kita dapat mempebaiki diri dan kelemahan yang wujud sepanjang tahun 1431 H.. jadikan tahun baru ini sebagai 1 permulaan bagi kita untuk berubah kearah kebaikan, daripada kegelapan kepada sinaran cahaya...berusaha untuk mendapat pahala dari Allah S.W.T kerana sesungguhnya amalan kita yang akan jadi penentu di akhirat nanti..jauhilah segala kemungkaran..kerana semua itu akan membawa kita kelembah kencuran dan kebinasaan.. jangan terlalu mengikut nafsu..kerana nafsu yang datang hasil dari pada hasutan syaitan dan kuncu2nya..sama-samalah kita berdoa semoga tahun baru ini akan memberi seribu rahmat kepada kita semua aminnnn...


cukuplah tu sebagai mukadimah..hehe ok sekarang aku nak cerita apa yang terjadi kat diri aku..firstly memang la aku gembira sangat hari ni coz aku dah habis exam..so leh la enjoy sebelum pergi internship..best sangat2 rasanye..haha jgn jeles ye bagi mereka yang belom habis tu.. ok dipendekan cerita..malam tadi geng2 kolej zaba buat BBQ suka2 ja..haha kitaorg panggang ayam n sosej je..cukup lah tu.nama pun suka2 ja kan..haha.. ok kisah yang terjadi kt diri aku ni bermula semasa aku berada di kolej zaba tu..aku p bilik sharel, ronald n kery..lepak2 jap situ sementara aku acara bbq bermula..pastu.. bosan dok situ..aku p bilik abe plak yang berhadapan dengan bilik diorang tadi..lepak2 jap pastu aku pun balik kt bilik budak bertiga tadi..rasa bosan je menunggu, perut pun dh lapar..so aku amik keputusan nk p beli makanan kt luar..sambil2 tu aku dok usha kotak2 kosong nak isi barang aku..hehe..elok je aku pakai helmet nk kluar dari bilik tu..perkara yang selalu terjadi kt aku, jadi lagi..kisah kunci..hehe.kucni motor aku ni selalu ja hilang n buat aku gelabah untuk mencari..padahal aku lupa aku letak mana..puas aku cari..jap masuk bilik kery, jap masuk bilik abe, tak jumpa jugak..p tengok kt motor pun xda..aku dh mula cuak n gelabah dah..yelah semua kunci ada kt situ..klau hilang habis laa..puas aku berselawat sebab orang cakap kalau kita lupa ape2 kita berselawat..mudah2an kita akan ingat balik..last2 aku p bilik abe..aku cari2 ada rupanya kt bawa laptop dia..patut la cari xjumpa..rupanya aku tertinggal situ n abe plak tindih laptop dia atas kunci tu..haaiii bikin gelisah ja ooooo...


ok tu kisah pertama..kisah kedua pulak, dalam perjalan keluar cari makanan tu..aku teringat ada pasar malam hari ni kt kerinci..jam pun dah pukul 9 time tu..aku berhentikan motor tepi jalan, aku pun roaund2 kejap kt situ smbil helmet dikepala...malas nak buka helmet dah..time tu orang dah xde..dh lewat kot time tu,,pastu aku pun beli la nasi kukus kt siti..pastu aku beli air soya sekali..so aku pun berjalan la pulang untuk ke motor..sebelum sampai kt motor aku kena daki 4 anak tangga dulu..yang pertama aku lepas dengan jaya, begitu juga kedua dan ketiga, dan smpai anak tangga yang keempat entah macam mana tah aku tersadung kaki sebab pakai kasut crocs yang besar dari saiz kaki aku..lalu aku pun seperti melayang keudara tanpa berbuat apa2 sebab kt tangan aku ada nasi n air..so aku pun menyembah ke bumi..haha mb sbb helmet pun berat kot..aduhhh betapa malunyaaa aku pada saat tuuu..macamna mamat macho ni boleh tersungkur kt lantai hahahahaha buat malu jaa..ish2 aku pun sgera la bangun n tak pandang dah kiri kanan..terus p kt motor n belah balik kolej..sakit jugak tangan n lutut aku ..ade kesan merah2 juga la sebab jatuh macam nangka daaa haha.. aduihh tahun baru yang melucukan bagi aku..haha..sebab aku jatuh juga mungkin sebab faktor aku pakai seluar saiz kecik tadi..hehe ketat sangat sampai nak langkah pun xboleh..haiii pengajaran betul untuk aku..klau nk panjat tanggan hendaklah memakai pakaian yang longgar dan selesa..pesanan khidmat masyarakat dari Harry Azizan hahaha..aduhhh korang jangan la gelakan aku ye..tak baik ooooo gelakan orang,,,Allah tak suka..hehe..ok lah...itu lah cerita aku di malam tahun baru ni..jumpa lagi ye..daaaaa....

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...