Sunday, December 5, 2010

Hadirnya Orang Ketiga

Pernahkah kamu menjadi 'orang ketiga'? bagaimana rasanya bila kamu meletakkan diri kamu berada di tengah-tengah di antara 'orang pertama' dan 'orang kedua'? samada hasrat tersebut dizahirkan oleh keinginan kamu sendiri atau keinginan salah seorang dari mereka, aku merasakan itu sudah menjerumuskan diri kamu ke dalam satu situasi sukar.

pernah aku berada dalam keadaan itu? aku akui, aku pernah berada di dalam kedudukan itu. mungkin kamu akan pantas mencemuhi aku tetapi aku bukan hanya berada dalam kedudukan itu sahaja. malahan, aku juga pernah merasakan diriku dalam posisi 'orang kedua' juga. di mana antara aku dan 'orang pertama', muncul pula 'orang ketiga'. 

hangat diperkatakan sekarang tentang kekecohan yang terjadi kepada 2 orang personaliti yang mana kedua-duanya dikatakan sedang hangat bercinta, sedangkan lelaki itu adalah seorang suami orang. dan aku menletakkan personaliti wanita itu pula dalam kedudukan sebagai 'orang ketiga'. dipandang serong oleh sebahagian besar masyarakat sebagai perampas kebahagiaan rumahtangga orang. 

menjadi 'orang ketiga' tidak semestinya berlaku pada pergolakan rumahtangga sahaja. malahan 'orang ketiga' juga wujud dalam edisi pertunangan dua bakal pengantin dan juga dalam percintaan antara kekasih. dan persoalan yang selalu wujud ... berbaloikah kita terhimpit dalam situasi cinta segi tiga ini?

bagi 'orang pertama', munculnya orang ketiga ini umpama orang mengantuk disorongkan bantal. mana tidaknya, masih ada yang mahu merapati tatkala hati kita sebenarnya sudah menjadi milik 'orang kedua'. dan bagi orang kedua, kemunculan 'orang ketiga' dalam senyap-senyap bukanlah sesuatu yang menyenangkan bila hal sedemikian sampai ke pengetahuan kita.

aku bukan mahu bercerita tentang kerakusan 'orang pertama' atau kekecewaan 'orang kedua'. aku cuma mahu mengupas apa sebenarnya yang diingini oleh 'orang ketiga'. aku kira, mungkin punca pertamanya, kerana timbul perasaan bangga kerana berjaya mendekati seorang yang bukannya miliknya. kerana secara dasarnya, jika seseorang itu sudah berpunya, hatinya pasti telah terkatup hati dan perasaan untuk yang lain. dan jika tembok itu sudah mampu dirobohkan, pasti ada rasa kemenangan yang membawa sikap keegoan atas pencapaian itu. ini semua berpunca dari sikap kebiadapan untuk merampas hak orang lain.

mungkin ada yang menjadi 'orang ketiga' tanpa dia sedari. mungkin keelokan sifatnya berjaya menawan hati 'orang pertama'. mungkin juga mereka jatuh cinta pandang pertama. atau saja, 'orang pertama' sememangnya menantikan seseorang seperti 'orang ketiga'. mungkin cantik paras rupa, mungkin keelokan budi bahasa atau apa saja krateria yang menjadi idaman. akhirnya kerana adanya usaha dari 'orang pertama', 'orang ketiga' akan terheret sama dalam kancah itu. mungkin bermula dari satu persahabatan, akhirnya membawa mereka terus merasakan cinta di antara mereka.

samada ianya dirancang sebaik mungkin atau secara tidak disengajakan, mana mungkin cinta mampu ditepis. mungkin ada yang sudah menyedari dari awal lagi, yang dia sedang melakunkan watak 'orang ketiga'. atau mungkin disebabkan 'orang pertama' mampu menutup status dirinya yang sudah terikat dengan seseorang, 'orang ketiga' terus hanyut tanpa menyedari kedudukannya yang sebenar. tetapi lambat laun, mungkin dia akan ketahui juga akhirnya, tetapi jarang ku dengari, 'orang ketiga' akan mengambil langkah drastik meninggalkan 'orang pertama' sebaik dia mengetahui hal sebenarnya. kerana cinta mungkin sudah mengikat mereka dan demi rasa cinta itu, segala lautan cabaran mahu diharunginya. 

jika orang pertama seorang yang sudah berkahwin, pasti terlintas di hati yang nanti mereka mungkin akan bercerai kerana dirinya. atau bagi seorang wanita, tidak akan salah jika menjadi isteri kedua, misalnya. atau mungkin 'orang pertama' sudah mengikat tali pertunangan, pasti 'orang ketiga' beranggapan yang mereka berdua pasti akan putus tunang. dan jika masih bercinta, tiada salahnya jika mereka merampas kekasih orang lain.

baguslah sekiranya semuanya berjalan lancar seperti yang difikirkan. mungkin ini disebabkan 'orang pertama' menyayangi 'orang ketiga' lebih dari 'orang kedua'. jadi sebagai penakluk kasih, besar kemungkinan 'orang ketiga' menjadi pemenang mutlak. tapi aku sangsi perkara sebegini akan terjadi jika 'orang pertama' itu sudah berkahwin atau bertunang. kerana untuk memutuskan ikatan perkahwinan atau pertunangan, selalunya 'orang pertama' masih lagi dalam keadaan sangsi untuk melakukannya. terlalu banyak hal yang harus difikirkan lebih-lebih lagi soal tanggungjawab dan maruah.

dan akhirnya, 'orang ketiga' yang akan kehilangan segala-gala yang dicitanya. menanggung rasa kekesalan kerana 'kasih tak sampai' pasti sekali melemahkan semangat untuk meneruskan kehidupan. pasti sekali kita akan dihimpit rasa akibat kekalahan 'satu lawan satu' itu. pasti memikirkan di mana kekurangan itu hinggakan 'orang pertama' tidak betah untuk menerima dirinya. pasti rasa rendah diri menguasai jiwa, pasti sahaja untuk melupakan segala yang berlaku, dan pasti sekali kekecewaan itu menanah untuk satu masa yang agak lama.

jadi, apa untungnya jadi 'orang ketiga'? bukan hanya akan dipandang kotor oleh orang keliling, tetapi dia sebenarnya cuba menghancurkan diri sendiri. dan bila dia mula memikirkan yang dia ini hanya dipermain-mainkan, pasti akan timbul rasa marah dan benci, bukan hanya pada pasangan 'orang pertama' dan 'orang kedua' tetapi juga sesiapa sahaja yang mahu mendampinginya. 

kita mampu jatuh cinta dengan sesiapa sahaja, kita mampu untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja. tetapi, bila kamu sudah mengetahui dan menyedari yang si dia itu sebenarnya sudah ada seseorang yang lain, jauhkanlah diri kita darinya. pedulikan segala rasa yang sudah tersemat di hati kita. kerana kita sebenarnya sudah berada di ambang kekalahan dalam perhubungan ini. kita sudah mengetahui kedudukan kita sebagai penganggu dalam satu perhubungan. dan yang mungkin besar dalam hal ini, kita mengetahui sekarang yang orang kita kasihi dan cintai itu, sebenarnya seorang manusia yang tidak terikat dalam kesetiaan!

adakah ini yang kita mahukan dalam kebahagiaan kita?

3 comments:

  1. kene kuat daya imaginasi bace post nih

    ReplyDelete
  2. Betul betul. hahahahahahaha, sebenarnya saya pun pernah merasa menjadi org ptama.. Org kedua meninggalkan saya dan pergi bsama org ktiga.. Lima tahun saya ambil masa melupakan walaupun kami cuma berkenalan slma tiga tahun. Sunnguh, saya tak sangka semuanya musnah...

    ReplyDelete
  3. sy pn penah rasa jd org ke2.hmm dh bertunang..perkenalan kami pn lama.6 thn.tp krna org ke3 sy ditgglkn..apepn smg mereka mndpt ksedaran dn pgjaran..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...