Tuesday, December 21, 2010

Kerata Api owhhh kereta api

As Salam..mendung je ari ni..sama macam mood aku mendung ja..huhu ni semua gara2 ditinggalkan kereta api haha..kesian kt aku semalam, hasrat nk balik kampung naik kereta api tak kesampaian sebab aku hanay terlewat 5 minit je..aduhhh pengajaran bagi aku, masa takkan tunggu kita kan..ceritanya begini, kelmarin aku p KL sebab nak amik barang-barang dengan pos motor kesayangan aku tu..lepas ja selesai urusan pos motor, aku pun p la dok rumah akak aku kat kajang dulu sementara tunggu malam sebab tiket untuk aku balik kg pukul 9.15 mlm naik kat KL Sentral. aku pun p rest2 badan dulu sebab malam nak berjaga lagi..aku kalau naik kereta api memang xleh nak tidor..sebab lampu dalam tren tu terang sangat..dalam pukul 6.30 tu aku sempat lagi la layan citer kegemaran aku n syg aku iaitu cita seribu kali cinta..tengah2 syok layan cita tu, akak aku mai tukaq siaran plak, dia buka cita indon, Cinta karina..frustnye aku..tiba2 dia mai tukaq siaran plak..tapi xpalah tu rumah dia aku xleh nak buat apa la.aku pun layan jelah cita indon tu..habis ja cita tu aku pun siap2 la mandi n solat pa semua sebab kul 8 tu aku nak keluar la p stesen komuter kajang tu.. jam pukul 7.50 mlm dah, akak aku dok siap lagi sebab dia keja sif malam.. maklum la org pompuan lambat sikit siap.. aku dah risau dah sebab tkut lambat..dari kajang p kl sentral dekat 30 minit gak naik komuter tu.. 8.10 baru kami keluaq dari rumah dia..tera nak sampai dalam 10 minit gak la kt stesen ktm kajang tu.


sampai ja aku terus p kt kuanter beli tiket..aku tnya pakcik jual tiket tu, Ekpress Langkawi xberhenti kat kajang dah ka, pak cik tu kata dak, pastu dia tanya aku beli tiket dah ka?aku kta dah beli, pastu dia kta awat xp kl sentral terus, dia kata sempat ka ni, sebab dah lewat dah time tu..dalam hati aku sempat kot sebab ari tu sempat ja..dengan harap kereta api di tunda laa sebab selalu gak dia tunda masa..aku pun terus p kt seberang stesen sbb aku nampak komuter dah mai..aku pun lari laa ingtkn sempat naik, elok ja aku naik tangga nak p seberang sana, komuter tu jalan..aduhh terlepas dah..dalam hati risau dah sebab komuter berikutnya pukul 8.40. confrim sampai kl sentral 9.15.. tren aku plak 9.15... aku risau dah dok tengok jam ja..elok pukul 8.45 tu komuter sampai..aku pun naik laa..dalam hati aku, awat la komuter ni jalan slow ja, macam nk turun lari ja haha.. aku asyik tengok jam ja masa dalam komuter tuu..lepas 6 stesen aku pun sampai kt kl sentral tu aku pun lari la naik lift tu dengan bawa 2 beg yang berat..aku terus p kt pintu berlepas..sampai ja kt situ aku tengok orang dah sikit, dalam hati mesti tren dh berlepas..aku pun tanya abg yang jaga tu, dia cakap dik tren baru ja jalan...


YA Allah dalam ati aku, tensionnya...aku terlambat 5 minit ja..aku pun p kt kuater tiket tnya kot2 ada tiket untuk p butterworth sebab aku leh naik bas untuk balik kedah..kak jaga kaunter ckp ada untuk tempat tidoq ja RM67 . mahal tuuu last2 aku amik keputusan nak p bukit jalil cari tiket bas..aku pun naik balik komuter tu pastu turun kat stesen bandar tasik selatan, pastu tukaq p naik lrt star..baru leh p bukit jalil tu..aku berpeluh2 bawa beg yang berat tu..aku sampai kt bukit jalil tu pukul 10 mlm.elok ja turun dari stesen tu ulat tiket mai bertalu-talu nk jual tiket..aku buat xtau ja..sebab bahaya beli tiket kt ulat ni..aku pun p kt kuanter bas tranasional, p tanya dia cakap ada lagi tiket bas kul 11 mlm, tapi bas double dekker, aku xsuka naik bas tu sempit sangat..aku tnya pukul 12 mlm semua dah penuh..aku pun beli jugak laa..dia suh p tunggu kt plaform
12, mak ooiiii jauh nya plaform 12 tu..dah la beg berat...aku gagah jgk laaa..sampai kt sana bas xda lagi, aku pun order la burger dulu sebab lapaq.


.sementara aku tunggu bas, aku call mak aku nak gtau aku nek bas..sebab kna tinggal dgn keta api..mak aku bising jgk laa hehe.. tahan jelah...tunggu punya  tunggu pukul 11.15 baru bas mai..aku pun naik la cari tempat aku, aku dapat duduk tingkat bawah, dok sorg plak tuu best ja tidoq..haha.


aku pun terus tertidoq bila bas dh gerak sbb letih kot..sedaq2 dah smpai alor staq pukul 5 pagi..nak balik rumah terus xda org ambik, terpaksa tunggu sampai bas yan mai..pukul 6.45 baru bas mai...elok ja dkt nak sampai rumah aku, aku pun tekan loceng, cilaka punya driver, dia berhenti jauh dari jalan nak masuk rumah aku terpaksa la aku jalan kaki plak..dah la bawa beg berat...memang dugaan betul laaa..sehari sebelum p kl aku dh diuji..pakcik yg jual tiket tu bagi salah tarikh..terpaksa la aku beli lain sbb nk tukaq mmg dh xleh...Ya Allah...sengguhnya hamba mu ini sabar menghadapi ujian dari Mu....    

Tuesday, December 7, 2010

Cerita Tahun Baru 1432 H

Assalamualaikum...sebelum aku berceloteh panjang.aku nak ucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1432 Hijrah..semoga dengan tahun baru nie kita dapat mempebaiki diri dan kelemahan yang wujud sepanjang tahun 1431 H.. jadikan tahun baru ini sebagai 1 permulaan bagi kita untuk berubah kearah kebaikan, daripada kegelapan kepada sinaran cahaya...berusaha untuk mendapat pahala dari Allah S.W.T kerana sesungguhnya amalan kita yang akan jadi penentu di akhirat nanti..jauhilah segala kemungkaran..kerana semua itu akan membawa kita kelembah kencuran dan kebinasaan.. jangan terlalu mengikut nafsu..kerana nafsu yang datang hasil dari pada hasutan syaitan dan kuncu2nya..sama-samalah kita berdoa semoga tahun baru ini akan memberi seribu rahmat kepada kita semua aminnnn...


cukuplah tu sebagai mukadimah..hehe ok sekarang aku nak cerita apa yang terjadi kat diri aku..firstly memang la aku gembira sangat hari ni coz aku dah habis exam..so leh la enjoy sebelum pergi internship..best sangat2 rasanye..haha jgn jeles ye bagi mereka yang belom habis tu.. ok dipendekan cerita..malam tadi geng2 kolej zaba buat BBQ suka2 ja..haha kitaorg panggang ayam n sosej je..cukup lah tu.nama pun suka2 ja kan..haha.. ok kisah yang terjadi kt diri aku ni bermula semasa aku berada di kolej zaba tu..aku p bilik sharel, ronald n kery..lepak2 jap situ sementara aku acara bbq bermula..pastu.. bosan dok situ..aku p bilik abe plak yang berhadapan dengan bilik diorang tadi..lepak2 jap pastu aku pun balik kt bilik budak bertiga tadi..rasa bosan je menunggu, perut pun dh lapar..so aku amik keputusan nk p beli makanan kt luar..sambil2 tu aku dok usha kotak2 kosong nak isi barang aku..hehe..elok je aku pakai helmet nk kluar dari bilik tu..perkara yang selalu terjadi kt aku, jadi lagi..kisah kunci..hehe.kucni motor aku ni selalu ja hilang n buat aku gelabah untuk mencari..padahal aku lupa aku letak mana..puas aku cari..jap masuk bilik kery, jap masuk bilik abe, tak jumpa jugak..p tengok kt motor pun xda..aku dh mula cuak n gelabah dah..yelah semua kunci ada kt situ..klau hilang habis laa..puas aku berselawat sebab orang cakap kalau kita lupa ape2 kita berselawat..mudah2an kita akan ingat balik..last2 aku p bilik abe..aku cari2 ada rupanya kt bawa laptop dia..patut la cari xjumpa..rupanya aku tertinggal situ n abe plak tindih laptop dia atas kunci tu..haaiii bikin gelisah ja ooooo...


ok tu kisah pertama..kisah kedua pulak, dalam perjalan keluar cari makanan tu..aku teringat ada pasar malam hari ni kt kerinci..jam pun dah pukul 9 time tu..aku berhentikan motor tepi jalan, aku pun roaund2 kejap kt situ smbil helmet dikepala...malas nak buka helmet dah..time tu orang dah xde..dh lewat kot time tu,,pastu aku pun beli la nasi kukus kt siti..pastu aku beli air soya sekali..so aku pun berjalan la pulang untuk ke motor..sebelum sampai kt motor aku kena daki 4 anak tangga dulu..yang pertama aku lepas dengan jaya, begitu juga kedua dan ketiga, dan smpai anak tangga yang keempat entah macam mana tah aku tersadung kaki sebab pakai kasut crocs yang besar dari saiz kaki aku..lalu aku pun seperti melayang keudara tanpa berbuat apa2 sebab kt tangan aku ada nasi n air..so aku pun menyembah ke bumi..haha mb sbb helmet pun berat kot..aduhhh betapa malunyaaa aku pada saat tuuu..macamna mamat macho ni boleh tersungkur kt lantai hahahahaha buat malu jaa..ish2 aku pun sgera la bangun n tak pandang dah kiri kanan..terus p kt motor n belah balik kolej..sakit jugak tangan n lutut aku ..ade kesan merah2 juga la sebab jatuh macam nangka daaa haha.. aduihh tahun baru yang melucukan bagi aku..haha..sebab aku jatuh juga mungkin sebab faktor aku pakai seluar saiz kecik tadi..hehe ketat sangat sampai nak langkah pun xboleh..haiii pengajaran betul untuk aku..klau nk panjat tanggan hendaklah memakai pakaian yang longgar dan selesa..pesanan khidmat masyarakat dari Harry Azizan hahaha..aduhhh korang jangan la gelakan aku ye..tak baik ooooo gelakan orang,,,Allah tak suka..hehe..ok lah...itu lah cerita aku di malam tahun baru ni..jumpa lagi ye..daaaaa....

Monday, December 6, 2010

Berakhir Sudah

Akhirnya...hari ini adalah kemuncak aku untuk semester terakhir..alhamdulillah paper akidah islam tadi aku dapat jawab dengan baik..semua apa yang aku baca, semua ada..syukur sangat...pasni boleh lah aku fikirkan tempat untuk bt internship pulak..tapi nampak gayanya macam kena buat kt Aloq Stuq ja pun..tak palah mana2 pun buleh ja,,cuma kalau kat sana aku tak boleh la lagi join team MASUM lawn bowl..ruginye rasa sebab kali ni main kt Kiara..tempat yang aku training selalu..maybe bukan rezeki aku kot.. pasni tumpu kt praktikal.. aku nak buat yang terbaik mana tau ada rezeki dapat keje terus ka..aminnnn jika aku kt kampung nanti nampaknya blog aku ni jarang dh la nk update..huhu.. sekarang ni tengah kemas2 barang aku..serabut gila..time pindah dulu tak la banyak pun tp bila nk keluar banyak la plak ish2..Selamat tinggal Kolej Tun Syed Zahiruddin KK9... best jugak tinggal sini..dapat jiran2 yang spoting n baik.. pasni tak jumpa dah korang...memori terindah tika bersama haha aduhh jiwang plak..emm apa pun doakan yang terbaik untuk aku ok!! love u all!!! muahhhhh

Selamat Menyambut Awal Muharram 1432 Hijrah

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
Doa Akhir Tahun Hijrah
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Doa Awal Tahun Hijrah
Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.
Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.

menghargai cinta

kenapa orang mahu jatuh cinta ? padahal cinta itu adalah hal terberat yang bisa dikerjakan manusia. cinta membuat manusia untuk lebih mendahulukan kepentingan pasangannya dibanding kepentingan dirinya sendiri. cinta membuat manusia untuk berkorban bagi orang yang dikasihinya bahkan dalam beberapa peristiwa sampai sanggup berkorban nyawa. cinta membuat manusia tersiksa fikirannya kerana memikirkan orang yang dikasihinya. cinta itu membuat manusia untuk tidak lagi memikirkan tentang AKU tetapi KITA!


kekecewaan yang harus diterima saat orang tidak lagi mencinta kita juga cukup "berat". putus cinta sering membuat orang melupakan dirinya sendiri sehingga banyak peristiwa dimana nyawa sanggup dikorbankan. putus cinta sering membuat orang menjadi "gila". putus cinta sering membuat orang menjadi sedih berpanjangan. putus cinta sering membuat orang melakukan sesuatu yang mungkin tidak pernah dilakukan sepanjang hidupnya.

tetapi itulah cinta, kenyataannya setiap manusia tetap saja "mengejar" cinta. apakah ada di antara kita yang tidak "mengejar" cinta dalam hidupnya ? mungkin akan lebih baik jika cinta tidak dikejar, kerana cinta sebenarnya tumbuh di hati setiap manusia. dan cinta akan tumbuh subur jika manusia mahu memeliharanya dengan rasa kasih dan sayang.


manusia tidak perlu takut dengan kekecewan cinta kerana krasa kecewa itu timbul kerana ke-AKU-an dari dalam diri manusia itu sendiri.  cubalah melihatnya dengan mata hati dan fikiran yang jernih, bahawa semua hal yang timbul kerana wujud sikap ke-AKU-an dan ke-INGIN-an dari dalam diri manusia itu sendiri. jika hal itu bisa dihilangkan atau paling sedikit diwujudkan, betapa manusia akan bisa hidup tanpa kesengsaraan, dan penderitaan lagi.

lihatlah bahawa sekitar kehidupan manusia juga di "jalankan" oleh cinta, matahari menyinari bumi dengan cintanya, pohon-pohon tumbuh dan berkembang dalam cinta dari bumi, haiwan-haiwan hidup dan berkembang dari cinta tanaman dan pohon di sekitarnya dan akhirnya manusia juga tumbuh dari cinta alam kepadanya.

cinta adalah anugerah terbesar yang diberikan Tuhan kepada mahluk ciptaanNya, termasuk manusia, dan berbahagialah manusia yang bisa merasakan dan memupuk cinta itu. kerana tidak ada yang lebih mulia di dunia ini dibandingkan dengan cinta.

Sunday, December 5, 2010

Hadirnya Orang Ketiga

Pernahkah kamu menjadi 'orang ketiga'? bagaimana rasanya bila kamu meletakkan diri kamu berada di tengah-tengah di antara 'orang pertama' dan 'orang kedua'? samada hasrat tersebut dizahirkan oleh keinginan kamu sendiri atau keinginan salah seorang dari mereka, aku merasakan itu sudah menjerumuskan diri kamu ke dalam satu situasi sukar.

pernah aku berada dalam keadaan itu? aku akui, aku pernah berada di dalam kedudukan itu. mungkin kamu akan pantas mencemuhi aku tetapi aku bukan hanya berada dalam kedudukan itu sahaja. malahan, aku juga pernah merasakan diriku dalam posisi 'orang kedua' juga. di mana antara aku dan 'orang pertama', muncul pula 'orang ketiga'. 

hangat diperkatakan sekarang tentang kekecohan yang terjadi kepada 2 orang personaliti yang mana kedua-duanya dikatakan sedang hangat bercinta, sedangkan lelaki itu adalah seorang suami orang. dan aku menletakkan personaliti wanita itu pula dalam kedudukan sebagai 'orang ketiga'. dipandang serong oleh sebahagian besar masyarakat sebagai perampas kebahagiaan rumahtangga orang. 

menjadi 'orang ketiga' tidak semestinya berlaku pada pergolakan rumahtangga sahaja. malahan 'orang ketiga' juga wujud dalam edisi pertunangan dua bakal pengantin dan juga dalam percintaan antara kekasih. dan persoalan yang selalu wujud ... berbaloikah kita terhimpit dalam situasi cinta segi tiga ini?

bagi 'orang pertama', munculnya orang ketiga ini umpama orang mengantuk disorongkan bantal. mana tidaknya, masih ada yang mahu merapati tatkala hati kita sebenarnya sudah menjadi milik 'orang kedua'. dan bagi orang kedua, kemunculan 'orang ketiga' dalam senyap-senyap bukanlah sesuatu yang menyenangkan bila hal sedemikian sampai ke pengetahuan kita.

aku bukan mahu bercerita tentang kerakusan 'orang pertama' atau kekecewaan 'orang kedua'. aku cuma mahu mengupas apa sebenarnya yang diingini oleh 'orang ketiga'. aku kira, mungkin punca pertamanya, kerana timbul perasaan bangga kerana berjaya mendekati seorang yang bukannya miliknya. kerana secara dasarnya, jika seseorang itu sudah berpunya, hatinya pasti telah terkatup hati dan perasaan untuk yang lain. dan jika tembok itu sudah mampu dirobohkan, pasti ada rasa kemenangan yang membawa sikap keegoan atas pencapaian itu. ini semua berpunca dari sikap kebiadapan untuk merampas hak orang lain.

mungkin ada yang menjadi 'orang ketiga' tanpa dia sedari. mungkin keelokan sifatnya berjaya menawan hati 'orang pertama'. mungkin juga mereka jatuh cinta pandang pertama. atau saja, 'orang pertama' sememangnya menantikan seseorang seperti 'orang ketiga'. mungkin cantik paras rupa, mungkin keelokan budi bahasa atau apa saja krateria yang menjadi idaman. akhirnya kerana adanya usaha dari 'orang pertama', 'orang ketiga' akan terheret sama dalam kancah itu. mungkin bermula dari satu persahabatan, akhirnya membawa mereka terus merasakan cinta di antara mereka.

samada ianya dirancang sebaik mungkin atau secara tidak disengajakan, mana mungkin cinta mampu ditepis. mungkin ada yang sudah menyedari dari awal lagi, yang dia sedang melakunkan watak 'orang ketiga'. atau mungkin disebabkan 'orang pertama' mampu menutup status dirinya yang sudah terikat dengan seseorang, 'orang ketiga' terus hanyut tanpa menyedari kedudukannya yang sebenar. tetapi lambat laun, mungkin dia akan ketahui juga akhirnya, tetapi jarang ku dengari, 'orang ketiga' akan mengambil langkah drastik meninggalkan 'orang pertama' sebaik dia mengetahui hal sebenarnya. kerana cinta mungkin sudah mengikat mereka dan demi rasa cinta itu, segala lautan cabaran mahu diharunginya. 

jika orang pertama seorang yang sudah berkahwin, pasti terlintas di hati yang nanti mereka mungkin akan bercerai kerana dirinya. atau bagi seorang wanita, tidak akan salah jika menjadi isteri kedua, misalnya. atau mungkin 'orang pertama' sudah mengikat tali pertunangan, pasti 'orang ketiga' beranggapan yang mereka berdua pasti akan putus tunang. dan jika masih bercinta, tiada salahnya jika mereka merampas kekasih orang lain.

baguslah sekiranya semuanya berjalan lancar seperti yang difikirkan. mungkin ini disebabkan 'orang pertama' menyayangi 'orang ketiga' lebih dari 'orang kedua'. jadi sebagai penakluk kasih, besar kemungkinan 'orang ketiga' menjadi pemenang mutlak. tapi aku sangsi perkara sebegini akan terjadi jika 'orang pertama' itu sudah berkahwin atau bertunang. kerana untuk memutuskan ikatan perkahwinan atau pertunangan, selalunya 'orang pertama' masih lagi dalam keadaan sangsi untuk melakukannya. terlalu banyak hal yang harus difikirkan lebih-lebih lagi soal tanggungjawab dan maruah.

dan akhirnya, 'orang ketiga' yang akan kehilangan segala-gala yang dicitanya. menanggung rasa kekesalan kerana 'kasih tak sampai' pasti sekali melemahkan semangat untuk meneruskan kehidupan. pasti sekali kita akan dihimpit rasa akibat kekalahan 'satu lawan satu' itu. pasti memikirkan di mana kekurangan itu hinggakan 'orang pertama' tidak betah untuk menerima dirinya. pasti rasa rendah diri menguasai jiwa, pasti sahaja untuk melupakan segala yang berlaku, dan pasti sekali kekecewaan itu menanah untuk satu masa yang agak lama.

jadi, apa untungnya jadi 'orang ketiga'? bukan hanya akan dipandang kotor oleh orang keliling, tetapi dia sebenarnya cuba menghancurkan diri sendiri. dan bila dia mula memikirkan yang dia ini hanya dipermain-mainkan, pasti akan timbul rasa marah dan benci, bukan hanya pada pasangan 'orang pertama' dan 'orang kedua' tetapi juga sesiapa sahaja yang mahu mendampinginya. 

kita mampu jatuh cinta dengan sesiapa sahaja, kita mampu untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja. tetapi, bila kamu sudah mengetahui dan menyedari yang si dia itu sebenarnya sudah ada seseorang yang lain, jauhkanlah diri kita darinya. pedulikan segala rasa yang sudah tersemat di hati kita. kerana kita sebenarnya sudah berada di ambang kekalahan dalam perhubungan ini. kita sudah mengetahui kedudukan kita sebagai penganggu dalam satu perhubungan. dan yang mungkin besar dalam hal ini, kita mengetahui sekarang yang orang kita kasihi dan cintai itu, sebenarnya seorang manusia yang tidak terikat dalam kesetiaan!

adakah ini yang kita mahukan dalam kebahagiaan kita?

SUARA HATI


Sesungguhnya dapat ku merasakan

Perpisahan kan kunjung menjelma
Namun segalanya sudah suratan dari-Nya
Setiap yang bertemu pasti
Kan terpisah jua



Menjadi lumrah di dunia
Dingin malam mengingatkan aku
Pada kisah yang telah berlaku
Kan ku jadikan pedoman dan pengalaman
Agar bisa mengajarku erti ketabahan


Dalam kehidupan

Dapatkah kau fikir suatu masa nanti
Temanku, apakah terjadi
Seandainya engkau tidak berusaha
Oh, mengubah nasib dirimu


Oh temanku…Semoga kau berjaya
Menemui impianmu
Walaupun di mana
Ku sentiasa berdoa
Agar tercapai jua


Dengarkanlah, luahan hatiku
Maafkanlah diri ini
Sambutlah salam dan jadikan kenangan
Selama kita bersama

Salam terakhir dariku
Kerana jasa yang tak terhingga
Terima kasih atas segalanya
Semoga kita bersua kembali

Salam Perpisahan




Engkau sang Maha pengatur segalanya Ya Rabb,
rezekiki ini semoga serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji….Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaanMU bagi setiap orang yang sabar lagi bersyukur, Cukuplah Engkau bagiku…:)
seperti kata mutiara dari seorang sahabat :
“giving up doesn’t always mean you weak, sometimes it’s just means you strong enaugh to let go”

semua kejadian hari ini menyadarkanku bahwa sejatinya memang setiap makhluk hanya mampu berdiri digaris pengharapan selanjutnya Sang Maha pengaturlah yang akan menentukan layak atau tidaknya suatu perkara buat kita, sesuatu yang sudah di catat di lauh mahfudz sana, Qada & qadarNya.
Subhanallah walhamdulillah wala illaha illallah…
Semoga atas kehendakmu
diangkat semua rasa sedihku, berganti pelan dengan ketawadhuan
diangkat semua tangisku, berganti dengan ketaqwaan
ditutup dengan salam, seperti cintaku dulu yang berawal dari salam
rindu dan kasih sayangku dari salam
Saat tak ada lisan, tak mampu lagi begetar memahami dan mendengar lagi
aku hanya ingin tau saat Sang Maha Lembut, Sang Maha Tau mengartikan CINTA dihatiku
“demi dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, kalian tidak lah masuk syurga sampai kalian beriman, kalian tidaklah beriman sampai kalian saling mencintai, maukah kalian aku tunjukan sesuatu yang bisa menjadikan kalian saling mencintai? tebarkanlah salam diantara kalian (HR Muslim)”

Assalamualaikum,
cinta,sahabat,adik,teman yang akan selalu mengiringi pejalanan hidupku
ini salam perpisahanku untukmu,hatiku kini untuk Rabb ku, disana aku titipkan cinta terbesarku.
aku tidak mencintaimu karena engkau cantik, tidak pula aku memberimu karena asa dan iba, atau aku memintamu untuk aku sia-siakan.
“Man akhabballahi wa abghodallahi wa a’tallahi wa mana’allahi faqodi takmalal iman”

Semua hanya karena Allah,
Asslamualaikum warohmatullahi wabar0katuh,(Semoga kamu terselamatkan dari segala duka, kesulitan dan nestapa)

PESANAN UNTUK SAUDARI




Kenapakah sungguh lemah kaum hawa itu??
Asyik berteman tangis dan sendu sahaja..

Bukan wanita itu lemah dek tangisan dan sendunya.
Tetapi disitulah kekuatan yang bisa  menjadi izzah yang paling gah
Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki
Kerana sendu rayunyalah Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun
Lembut wanita itu bukan lemah, tetapi senjata
  
Namun  bukankah wanita itu fitnah dunia??
  
Pernahkah saudari dengar pesanan Ilahi kepada hambanya
“wahai lelaki-lelaki yang beriman tundukkanlah pandanganmu dan
tutupkanlah auratmu”
Cuba saudari nilai
Pada siapakah terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?
Pada hamba yang bergelar ar-Rijal
Kerana andai lelaki menjaga pandangannya
Maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah bagi dirinya
Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita agar memelihara auratnya
Kerana disitulah kehormatannya…..
Sesungguhnya wanita yang beriman, 
yang solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh

Kenapa wanita itu menjadi peragaan??   
Tidakkah mereka merasa malu??

Al-haya’ (sifat malu) ada dalam sifat setiap insan.
Wujudnya seiring dengan nafas insan
Dan al-Haya’ itulah pakaian iman.
Pada diri wanita itu indah al-Haya’ sebagai pembenteng diri
Namun bila al-Haya’ itu lebur, imannya runtuh.
Kenapa mereka merelakan diri jadi pergaan??
Kerana mereka sebenarnya paranoid,
Merasakan diri belum cukup menarik
Mereka sebenarnya kalah dari segi psikologi
Wanita  solehah pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu
1001 keindahan penciptaan wanita, diatas dikau menilai
antara permata dan debu-debu kilauan pasir
Janganlah dikau gusar tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu….
Janganlah sekali-kali engkau merendahkan dirimu…
Menggugurkan diri… Menyembah bumi…
Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu.....

Muliakanlah Kaum Wanita

Seperti yang kita tahu,  wanita adalah  insan yang selalu berada di belakang para lelaki. Memang itu sudah kudratnya dari Tuhan Yang Maha Kuasa. Namun, bukan bererti mereka itu terus menerus berlindung di belakang lelaki. Perhatikanlah, bagaimana seorang wanita memiliki peranan yang sangat penting, tetapi kita sering kali melupakannya.
Ibu, seorang wanita yang paling dekat dengan kita. Ibu yang telah melahirkan kita, mengasuh kita sejak kecil hingga seperti sekarang. Betapa susahnya ibu kita ketika mengandung  selama 9 bulan. Bayangkan selama 9 bulan ibu tidak pernah mengeluh. Sampai pada akhirnya kita dilahirkan, ibu masih harus merawat dan menjaga kita sampai kita dewasa (pada masa remaja pun kita masih memerlukan bantuan ibu).
Sekarang, apa yang sudah kita berikan untuk ibu? Harta? Jasa ibu tidak sebanding dengan apa yang kita punya. Kasih sayang? Kasih ibu sepanjang zaman, kasih seorang anak hanya sepanjang galah. Dan ada diantara kita yang pernah menyimpan rasa kesal terhadap ibu. Maka jangan sampai rasa kesal itu keluar dan melukai hatinya. Segeralah redam rasa kesal itu dengan meminta maaf padanya. Bagaimanapun jeleknya sifat ibu, ia adalah tetap ibu kita. Doakan baginya kebaikan – kebaikan yang banyak.
Ibu adalah salah satu contoh dari sekian wanita yang wajib kita muliakan. Mungkin kebanyakan dari wanita adalah lemah dari segi fizikalnya. Tetapi, mereka punya kekuatan tekad yang besar untuk mencapai cita – citanya. 
.

Janganlah sakiti hati mereka. Mereka sangat peka sekali dengan lingkungan, hal itu boleh melukai hatinya dalam – dalam. Berikanlah mereka sanjungan sesuai dengan kudratnya sebagai wanita. Berikanlah mereka tempat, dahulukan mereka ketika naik kendaraan, lindungilah mereka, jangan memukul ataupun bercakap kasar kepada mereka.
Seorang pemimpin yang baik, pastilah dibalik keberhasilannya, ada wanita baik yang selalu mendampinginya. Seorang suami yang baik adalah kerana isteri yang sering mengingatkannya. Seorang anak yang baik, ada Ibu yang selalu merawat dan mendidiknya.
Maka dari itu, muliakanlah wanita, sebab tanpa mereka, kita tidak ada apa – apanya.

Saturday, December 4, 2010

Doa Rabitah

Assalamualaikum kawan2/sahabat2/rakan2.....^_^

Hari ni sy nk kongsi sedikit ilmu dgn anda semua...

Dewasa ini, kita sering dgr pertelingkahan antara manusiaPHD (perasaan hasad dengki) dan macam2 lagi berlaku sesama manusia...

Doa Rabitah ialah doa minta supaya dieratkan jalinan hati sesama manusia..Begini bacaannya:

اللهم اِنّكَ تَعْلَم اَنّ هَذِهِ القُلُوبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وَتَوَحَّدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيعَتِكَ فَوَثِّقِ اللهمَ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلَئَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لا يَخْبُو وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الاِيمَانِ بِكَ وَجَمِيلِ التَوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاحْيِهَا اللهم عَلَى دِينِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَصِيْرِِ

Maksudnya:

"Ya Allah,Sesungguhnya Engkau tahu bahwa hati ini telah berpadu berhimpun dalam naungan cintaMu, bertemu dalam ketaatan, bersatu dalam perjuangan menegakkan syariat dalam kehidupan.
Kuatkanlah ikatannya kekalkanlah cintanya, tunjukilah jalan-jalannya terangilah dengan cahayaMu yang tiada pernah padam, Ya Rabbi bimbinglah kami.Lapangkanlah dada kami dengan karunia iman dan indahnya tawakal padaMu, hidupkan dengan ma’rifatMu matikan dalam syahid di jalanMu, Engkaulah pelindung dan pembela"

Semoga kita sama2 mengamalkannya...InsyaAllah..

Wanita Solehah



Wanita Solehah…
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Friday, December 3, 2010

Di Saat Aku Mencintaimu...


Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...