Sunday, November 20, 2011

Untukmu Sahabatku....

Assalamualaikum...alhamdulillah.. saya masih diberi kesempatan untuk menulis lagi di blog ini.. ajal maut semua itu kerja Allah SWT kan..kita hanya mampu menadah tangan dan berdoa semoga kita dipanjangkan umur..untuk kita memanfaatkan masa yang ada untuk mencari SAHAM AKHIRAT.. ramai orang mengejar saham didunia..mengejar kekayaan.. sehingga terlupa akan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah.. hanya sekadar namanya islam tapi hidup tidak bercirikan seorang islam.. saya berpesan pada diri saya dan sahabat-sahabat saya..marilah kita kembali ke jalan yang diredhai..marilah kita mengumpul seberapa banyak pahala kita di dunia sebelum kita dijemput ke alam yang lain..menggunakan masa yang ada untu ke arah kebaikan..menghidari keburukan yang boleh menyebabkan pahala kita berkurangan..

Sahabatku....
kita semua berada di dunia akhir zaman...banyak perkara-perkara yang seperti digambarkan oleh Al Quran telah muncul di dunia akhir zaman ini.. penzina semakin ramai..peminum arak semakin bertambah..pembuangan bayi tidak putus-putus berlaku..membunuh sesama manusia boleh dikatakan setiap hari berlaku..merompak...merogol...hubungan sejenis sama ada lelaki dengan lelaki..dan perempuan dengan perempuan.. gempa bumi...banjir besar...subahanallah..semua tu adalah tanda-tanda kiamat kecil.. sedarlah wahai sahabat-sahabat ku..masih sempat untuk kita kembali ke jalan yang lurus..kembali kepada ke pangkal jalan..mohonlah taubat kepada Allah..sesungguhnya DIA Maha Memberi Taubat...

Sahabatku...
janganlah kita memusuhi antara sesama islam...janganlah kita memutuskan tali persudaraan..sesungguhnya Allah membenci orang yang memutuskan ikatan silaturrahim..kita semua umat islam bersaudara..jika kita sendiri berpecah belah..orang barat mudah untuk mengambil kesempatan di atas pepecahan kita..lihatlah di negara-negara arab seperti Palestin..umat islam ditindas oleh kuasa asing yang cuba menopoli kekayaan yang di miliki oleh negara islam..adakah kita mahu negara kita juga di jajah semula oleh kuasa barat?? marilah sama kita renung sejenak... apakan terjadi kena anak bangsa kita nanti.. marilah kita menjadi pemaaf ..memaafkan orang lain walaupun kesalahan itu bukan dari kita..saling bermaafan antara kita...saya yakin dan pasti Malaysia mampu menjadi negara islam yang maju...dan lebih maju dari negara barat.. cuma yang patut kita lakukan ialah buanglah sikap politik dalam diri.. kebanyakkan kita bermusuh angkara parti poliktik..yang berebut kuasa untuk memerintah..tak salah jika ingin berpolitik tapi jangan lah sehingga kita bermusuhan semasa kita..dan bagi pihak yang memerintah pula janganlah mengamalkan rasuah dan pilih bulu dalam melaksanakan pemerintahan.. memberi hak kesama rataan kepada semua rakyat.. memegang amanah rakyat sebaiknya..berlaku adil untuk setiap rakyat..seorang pemimpin hendaklah jujur dan ikhlas melaksanakan tanggungjawabnya..saya pasti.. semua rakyat akan sokong kepada kepimpinan itu tak mengira warna bendera parti..

Sahabatku...
akhir sekali...saya ingin berpesan kepada diri saya dan juga sahabat...inginlah bahawa suatu hari kita pasti akan menuju Allah...sudah cukupkah berkalan kita untuk menujuNya? sudah banyakkah kita bersolat, menderma? mengeluarkan zakat? membantu fakir-fakir miskin? dan yang paling utama sudahkan kita berbakti kepada kedua ibu bapa? sudahkan kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kedua ibu bapa kita? doa anak yang paling mustajab ialah doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya...bagi mereka yang masih mempunya kedua ibu bapa, berapa banyak kali kah kita bertanya kabar kepada kedua ibu bapa kita bagi anak-anak yang jauh diperantauan? bukan wang ringgit yang mereka perlukan..tetapi kasih sayang dari anak-anak seperti mana mereka memberikan kasih sayang ketika kita masih kecil..bangun ditengah malam menukar lampin..membuat susu ketika kita merengek...sedikit pun tidak mengeluh... saat mula kita mengatur langkah..siap yang memimpin tangan kita?? siapa yang memberi dorongan? kedua ibu bapa kita tak henti-henti memberi semangat untuk kita..mengawasi setiap langkahan kita supaya kita mampu berjalan dengan baik..tetapi apa yang berlaku hari ini adalah sebaliknya..saat kedua ibu bapa telah uzur.,apa yang kita lakukan kepada mereka?? adakah kita melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang anak? ketika ibu kita terpaksa memakai lampin pakai buang kerana keadaan yang sudah uzur.. adakah kita sanggup melakukannya? tak semua akan sanggup..sebaliknya bagi mereka yang mempunyai kewangan..akan mengupah pembantu untuk menjaga ibu bapa mereka..adakah kita jijik untuk melaksanakan tanggungjawab itu? fikir-fikirkanlah wahai insan yang bergelar anak... saat kedua ibu bapa kita tak mampu berjalan dengan betul.adakah kita memimpin tangan mereka seperti mana mereka memimpin tangan kita sewaktu kecil? tak semua akan memimpin tangan kedua ibu bapa kita..sebaliknya kita membiarkan ibu bapa kita berjalan sendirian di belakang sambil dia memegang apa yang ada disekelilingnya untuk berjalan..sangat sayu saya melihat keadaan ini berlaku dihadapan mata ini..kemana perginya kasih sayang anak-anak kepada kedua ibu bapanya? ingat lah wahai insan yang bergelar anak..syurga anak dibawah telapak kaki ibu....

Sahabatku...
saya menulis di sini bukan untuk menunding jari ke arah sesiapa pun..tak terlintas walau sedikit pun..cuma saya mahu kita sedar akan kesilapan yang pernah kita lalui..kembali ke landasan yang betul supaya dapat kita sampai ke destinasi yang ditujui...tanpa perlu bersusah payah..saya sendiri bukan insan yang sempurna..tak boleh lari dari melakukan dosa...setiap manusia pastikan melakukan dosa kecuali kekasih Allah iaitu para Nabi dan Rasul ...jika kita sedar akan kesilapan yang pernah kita lalui..usahlah malu untuk kembali ke pangkal jalan...selagi nyawa kita masih berada di jasad maka pintu taubat masih terbuka untuk kita...mohon lah keampunan dari Allah..menyesali akan perbuatan yang lepas..dan cuba berubah ke arah kebaikan... bagi seorang anak pula...tunaikanlah tanggungjawab anda selagi kedua ibu bapa masih ada.. gunakan kesempatan yang ada untuk membahagiakan kedua ibu bapa kita sebelum mereka pergi selama-lamanya mengadapi Ilahi..bagi mereka yang sudah kehilangan kedua ibu bapa..panjatkan doa kepada Allah semoga kedua ibu bapa kita ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman..sedekahkan lah al fatihah kepada mereka... saya memohon ampun dan maaf sekiranya penulisan saya ini menguris hati mana-mana pihak..yang baik itu datang dari Allah SWT..dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.. saya sudahi penulisaan ni dengan doa untuk kedua ibu bapa kita samaada yang masih hidup atau pun yang telah kembali ke ramatullah
Wasalam...

Bissmillahirahmanirahim...

Segala puji bagi Allah, yg telah memerintahkan kami agar berterima kasih kepada kedua ibubapa kami dan berbuat baik kepada mereka. Menggesa kami supaya merebut peluang berbakti kepada mereka, bersungguh-sungguh melakukan kebajikan kepada mereka. Merendahkan diri menghormati mereka. Mewasiatkan kami supaya mengasihani ,mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidik kami semasa kecil.

Ya Allah! Rahmatilah kedua ibubapa kami (3kali ulang), dan ampunilah dosa mereka, Redhailah mereka dengan keredhaan yg melayakkan mereka mendapat segala keredhaanMu. Dengan Engkau meletakkan mereka di dalam Negara kemuliaanMu, keamananMu, kemaafanMu dan keampunanMu.

Ya Allah ampunilah mereka dengan sesempurna keampunan yang dengannya Engkau hapuskan dosa-dosa mereka yg terdahulu dan kejahatan yg mereka lakukan secara berterusan. Rahmatilah mereka dengan rahmatMu yg dengannya Engkau menyinari tempat pembaringan mereka di dalam kubur. Engkau amankan mereka pada hari Kiamat ketika mereka dibangkitkan dari kubur mereka.

Ya Allah!, kasihanilah di atas kelemahan mereka sebagaimana mereka telah mengasihi kami ketika kami lemah, rahmatilah mereka ketika mereka terlalai daripada mengingatiMu, sebagaimana mereka tetap mengasihi kami semasa kami masih kecil.

Ya Allah!, peliharalah bagi mereka kasih sayang yg telah Engkau curahkan di dalam hati mereka, belas kasihan yg telah Engkau penuhi hati mereka, dan kelembutan yg telah Engkau sibukkan ke atas anggota mereka.

Ya Allah! Jadikanlah kami penyejuk mata hati mereka pada hari kiamat, perdengarkanlah kepada mereka sebaik-baik seruan daripada kami pada hari Kiamat, Jadikanlah mereka disebabkan kami dari kalangan ibubapa yg dicemburui disebabkan anak-anak mereka yg soleh, sehingga Engkau mengumpulkan kami dan mereka serta sekalian muslimin di Negara kemuliaanMu (syurga) di tempat penetapan rahmatMu dan tempat auliya kekasihMu bersama orang-orang yg telah Engkau kurniakan Nikmat. Amin….ya Rabbal alamin….

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...