Sunday, October 2, 2011

Cerita Hari INi

Assalamualaikum...bertemu kembali kita di arena maya ini..hari ini 1 Oktober 2011 bersamaan 5 zulkaedah 1432 h....kali ini aku berkesempatan untuk menulis dan meluahkan apa yang berlaku hari ini...jam menunjukan pukul 6.30 pagi...aku membuka mata setelah terdengar dering jam hanset aku...hari ni ada raptai untuk majlis konvokesyen yang akan bermula hari isnin ini..dengan perasaan teruja aku bingkas bangun dari lamunan mimpi..pukul 8.45 pagi aku sampai di UM...hadir dgn grand livina putih..haha oppssss bukan itu yang hendak di ceritakan,,jam 9 pagi aku dan hasbulah memasuki dewan tunku canselor...hampir sejam lebih kami disitu mendengar taklimat berkaitan istiadat konvokesyen..semasa praktikal untuk memakai jubah..aku terpandang pada satu tempat di tingkat atas DTC..kelihatan dari jauh..seseoran yang aku paling kenal..seseorang yang pernah menjadi ratu dihati...tetapi itu setahun yang lepas..aku memerhatikan dia..sah!! memang dia dengan kawan baiknya..maklum la..kami ditakdirkan untuk konvo bersama pada tahun ini..namun dihati kecil ini..tiada perasaan yang tinggal melainkan perasaan rindu..itu memang tidak boleh dinafikan..tapi apakan daya kami ditakdirkan bukan untuk bersama..dan aku terima dengan redha...cuma agak terkilan...tapi tak mengapalah..selesai raptai itu..kami semua keluar dari dtc yang sungguh indah itu..aku dan kawan2 yang lain lepak di bawah pokok dihadapan DTC..dan aku terpandang sekali lagi "dia" sedang menaiki motosikal...namun aku segera mengalihkan pandangan ke arah lain..tertiba aku terfikir untuk mencari seorang gadis yang aku kenal di muka buku...dia cakap "kalau ada jodoh, kita jumpa" ..tertiba aku terpandang kelibat seorang gadis di pintu hadapan dtc sedang bergambar dengan seorang lelaki..dalam hati aku..mungkin itu boyfrenz dia..coz pakai baju pun warna sama..tak mengapalah..aku hanya memerhatinya dari jauh saja sebab malu untuk menegurnya..siapalah aku untuk tegur dia...rupa takda...sedangkan dia bagai bidadari...tapi InsyaAllah..satu hari aku akan tegur diaaa hahaha..berani ker??? ..berani jika aku bawa DAIM banyak2...riey2...selamat berkonvo untuk awak...akhirnya dapat jgk tengok secara live..haha..tapi dia sibuk je bergambar tadi..haha...
 Ok..itu cerita di UM...dalam pukul 2.30 petang...aku dan kawan2 bergerak ke Putrajaya untuk bergambar beramai2 pakai baju jubah...dalam perjalanan ke Putrajaya...hujan turun...dalam hati aku..rosaklah program untuk hari ini...tetapi kuasa Allah..hujan yang turun tadi berhenti sebaik saja kami tiba di Masjid Besi Putrajaya..kereta pertama sampai yang dinaiki oleh aku, bulah, sharel, mat jahar(jurukamera) dan wan martoko haha..sementara 2 biji lagi kereta sampai..kami sempat juga berposing di hadapan masjid besi yang berlatarbelakang tasik putrajaya...setengah jam kemudian..geng2 yang lain sampai..maka bermula lah acara fotografi..masing2 segak memakai jubah..berposing sakan disitu..kemudian destinasi kedua ialah di dataran putrajaya..mengadap masjid putrajaya dan Putra Perdana...hari ini agak ramai di Putrajaya sebab hujung minggu...sedang kami asyik bergambar..tiba-tiba kami di sapa oleh sekeluarga pelancong asing..dia tanya "You Are from University Malaya??" kami pun jawab Yes Sir..dia cakap anak buahnya juga belajar di Unversity Malaya..mereka berasal dari Syria...bangga juga rasanya bila pelancong asing mengenali UM..selesai disitu..kami ke destinasi yang terakhir kerana kesuntukan masa..destinasi ketiga ialah Taman Botani...kami bergambar di tasik yang berlatar belakang Putra Perdana dan Cruise Putrajaya yang singgah berlabuh di situ untuk mengambil penumpang..kemudian kapten kapal itu datang ke arah kami..dia dgn nada melawak mahu untuk pinjam baju jubah untuk bergambar..peramah jgk kapten kapal cruise tu..kemudian kami minta kebenaran untuk bergambar di atas kapal cruise tu..dengan nada selamba dia benarkan tapi hanya ada 10 minit kerana penumpang akan naik selepas itu..so kami mengambil peluang itu untuk bergambar di atas kapal cruise tuu..kalau xpecaya tak pe nanti aku upload gambar tu sebagai bukti hehe.. maka berakhirlah sesi fotografi hari ini..kami berpecah untuk pulang ke UM..kereta yang dipandu aku pergi makan dulu kt pantai dalam...mula2 mau makan di Ayam Panggang Pantai Dalam tu..tapi tempat tu takda Astro..bukan apa kami nak tengok bola je..hehe..kami tukar pelan beli ayam kat situ bungkus dan p makan kat Riang- Riang ..selesai makan..aku p hantar member2 yang tumpang tadi kat Kolej 11..dan aku pun pulang ke Kajang sambil di temani cd Ustaz Azhar Idrus..tak la bosan sangat sebab ceramah dia best..lawak2 pun ada...tepat jam 11.30 malam aku sampai di Kajang..siap solat n mandi..aku pun menghadap laptop ni sehingga sekarang..dah dekat pukul 1 pagi..belom mengantok...adoii gara2 nescafe lah ni..tak pelah..cukup lah setakat ni dulu...thanks sudi baca coretan aku ni..hehe jumpa lagi..Salam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...