Friday, November 5, 2010

Musibah Banjir Di Penghujung Tahun 2010

Salam..sedih aku tengok keadaan di negeri2 di utara terutamanya di kedah dan perlis..musibah banjir melanda..Ujian daripada Allah untuk 
hambanya..diharapkan mangsa-mangsa banjir tabah dan sabar menghadapi dugaan ini. kepada para ibu bapa diharapkan anda menjaga anak-anak masing2, jangan bagi main di air yang arusnya deras. jangan korbankan anak-anak anda semasa banjir ni. kepada pihak yang berwajib, pastikan keperluan untuk mangsa banjir di pantau dan dijaga, pastikan makanan yang dimasak berkualiti bagi mengelakkan keracunan makanan. inilah masa anda untuk membuktikan kepada rakyat yang kerajaan anda prihatin untuk kesejahteraan rakyat. jangan hanya setakat slogan saja yang sejahtera.aku bernasib baik kerana rumah aku jauh daripada kawasan banjir, namun aku dapat merasa kesusahan yang di alami oleh mangsa banjir semua. minggu ni aku akan balik ke kedah, nnt klu ada masa aku ingin p melawat mangsa2 banjir ni dan bagi pertolongan setakat mana aku mampu insyaAllah.. diharapkan musibah ini akan berakhir secepat yang mungkin. sama-sama lah kita berdoa kepada Allah SWT..wasalam..


Gambar-gambar keadaan banjir




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...