Monday, November 29, 2010

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,,,,

Sunday, November 28, 2010

Senja Yang Sengsara


Petang yang diam
sendiri mendengar sunyi bernyanyi
sayu tapi jauh

aku ditinggalkan senja
diatas sejadah hijau berbunga
mengadap kerajaan besarMu
sekerdil diri
tersungkur lama
meratapi
luka- luka lagi
berdarah melimpah

namun engkau jadi penentu
keindahan di sini hanya seketika
dan engkau yang Maha tahu
apa yang bakal berlaku
dari duri yang menghiasi
calar diriku ini
hanya sedikit luka
pun aku tidak dapat menepis
sengsara.

Wednesday, November 24, 2010

Jangan terlalu mencari Yang Sempurna

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.



Begitulah juga .........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu. ...



Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....



Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.



Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.



Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

Saya Sayang Awak

saya sayang awak..tapi betul ke saya sayang awak??awak sayang saya ke??kalau sayang, nape awak pegang tangan saya??awak nak tengok rambut saya,nak hug saya,nak saya pakai seksi2..memang la awak xkasi boy lain tengok saya pakai seksi..tp awak xhalal lagi utk saya kan??saya sayang awak ke kalau saya kasi semua tu kat awak??

saya sayang awak..betul..xtipu..tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai??saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak..saya lupa solat, saya lupa dosa..saya lupa Tuhan..takut la...

betul awak..saya sayang awak..tapi saya takut..takut sangat nak sayang awak..awak baik, selalu solat awal..tapi nape bila dengan saya awak lupa solat??masa kuar, kita lalu je depan masjid..xpernah stop..tp kt tempat xde orang, kita stop.beratus duit awak habis untuk saya kn??saya hargai sgt..saya tau awk syg saya..tp nape awak xsimpan duit tu dulu..kot2 ada jodoh, boleh kita kawen..awak...saya takut..takut sangat..takut bila ingat pe yang kita dah buat..saya nak awak jadi halal utk saya..tp xboleh la sekarang..mcm mana awk nk tanggung saya..kita blaja lg..saya nak hidup dgn awak..saya nak awak jd imam saya..nak sgt share everything dgn awak..saya nak jadi kekasih halal awak..tapi betul ke cara kita wak??saya takut laaaa...

awak..saya nak hidup dgn awak forever kat heaven..tapi layak ke kita gi heaven kalau kita camni??macam mana kalau tiba2 Dia panggil kita pergi..xkisah la saya dulu, awak dlu atau dua2 skali..boleh ke kita gi heaven kalau Dia panggil kita skarang??kalau la Dia tanya apa yg saya dah buat dgn awk, pe saya nk jawab nanti..saya maluuuuuuuuuuu sgt kat Dia..

awak..lama saya fikir..saya fikir pasal kita..betul saya sayang awak..tapi, sampai bila kita nak camni??awak..saya dah fikir lama...lepas ni, kalau saya xmsj awk,xnk jumpa awk, xnak call awk, xnk vc, mms or wc,awak jgn salah faham tau..saya buat camtu sbb saya syg awk sgt2..awak..saya nak forever kat syurga dgn awak..dulu saya sedih sbb kita jauh..tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita..kalau dekat, awak boleh agak kn pe kita buat nnti??

saya xtau camne nk gtau awk..saya nak jaga hati awk..tp awak sedar x sebenarnya saya dah kotorkan hati awak..saya suka goda awak dgn manja saya, dengan body saya..saya suka buat awak cair dgn saya..jahatnya saya..awak saya banyak dosa..awak nk ke terima org mcm saya jd wife awak??awak..saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak..saya nak jadi the best wife..baru la awak xpandang orang lain dah..saya xnk susahkan awak dgn saya yg mcm ni..awak..saya nak jadi bidadari awak..bukan kat dunia je..tp kat heaven gak..saya nak jadi bidadari awak yg forever..


awak..saya tahu saya xbaik....banyak sangt kurang n xlayak nak tegur salah awak..tapi saya sayang awak..pe kita buat, bukan ada org tahu pn...sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya??saya pn nak awak jadi suami yg boleh pimpin saya ke syurga..xnak ke??xkn la awak sayang saya utk hepi2 kat dunia ni je..awak xnk ke pilih saya jadi bidadari awak kt syurga nanti??awak..tolong la...saya xnk dah jumpa awak..tp mungkin saya lalai gak nanati..syaitan selalu ada dgn saya..suka je dia kalau saya keluar dgn awk, goda awak..awak..tolong la ingat kan saya gak bila saya lupa.tolong ek..saya lemah sangat..saya nak jadi kuat..kuat utk awak..untuk hidup dgn awak.

saya sayang awak..camne kalau tiba2 Dia panggil kita b4 kita sempat bertaubat..takutnye saya..awak xtakut ke??camne kita nak gi syurga??camne saya nak jadi bidadari awak??saya nak sangat cinta ni kerana Dia..tp dgn apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dlm cinta kita??malu sangat kat Dia..awak..saya nak berubah..utk diri saya gak, utk parents saya..tp, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan??saya nak berubah pn sbb nak jadi the best utk awak..utk babies kita nanti..nak jadi mom yg the best..huhu. tinggi betul cita2 saya..saya pn nak kita jadi pasangan yg educated..nak sama2 berjaya..tp educated yg taat padaNya la..mesti bahagia kan..kita ingat Dia, Dia pun ingat kita,,so, boleh la Dia jaga kita nanti..

awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kt syurga tau..awak doakan la saya bia boleh masok syurga..saya nak jadi bidadari yg tunggu awak..n there, i'll be yours forever...tapi, kalau awak pergi dulu??ye..saya sedih..tp saya pun akan doakan awak..insyaAllah..nanti awak tunggu la saya kt syurga k??mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana..tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k??saya nak jadi bidadari awak..


awak..maaf kan saya kalau ape yg saya buat n gtau ni mengguris hati awak..saya buat camni sbb saya sayang awak..saya xtau camne nak gtau awak..sebab tu saya taip kt sini..maaf sebab saya post kat sini..bukan nak bukak kburukan sendiri..at least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sbgai panduan..ramai kt luar sana kapel n buat macam2..saya takot nak post kat awak..tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k..awak..dah nak subuh la..kejap lagi mesti Dia panggil saya..ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. n saya tunggu awak jemput saya sebagai yg halal utk awak nanti k..(SUMBER DARI fACEBOOK)

Tuesday, November 23, 2010

bacaan Talkin...

Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan
binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini
adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan
berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati
kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal
kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin za
iqatul maut”
Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu
benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr .
Dari Abdullah bin ‘Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat…”
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para
makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur “masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN” dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : “Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?”
Maka jawabnya Rasulullah saw “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.”
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.
Bukanlah debu “itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN” mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat
para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal
diwaktu mati
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika
mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra
sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di
dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat
Ridhwan:
” Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan
hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
“Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang
yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud
“Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.”

Monday, November 8, 2010

Program Amal UM-YAKEB 2010

Syabas kepada Komuniti VMES 3204 Perhubungan Awam Dan Dana Sukan ,Pusat Sukan Universiti Malaya kerana telah berjaya menganjurkan Program Amal UM-YAKEB 2010 yang berlangsung dari 14 Oktober - 3 November 2010 yang lepas. Pusat Sukan UM merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam IPTA yang pertama menganjurkan program sedemikian bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebaggsaan YAKEB. semoga program amal yang murni ini diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang. InsyaAllah..
Sport Science UM is The Best!!! UM is ONE!!!!


http://www.youtube.com/watch?v=MMon1s2e4aU

Balik Kampung ...

Lambat sungguh masa  berputar..aku dah bosan sangat2 ni..dah sunyi kt kolej ni, semua dah pakat2 balik kampung dah. aku pun jap lagi nk berangkat balik ke kedah, pukul 9.15 nanti aku naik train kt KL Sentral. balik sorang2 lagi jawabnye..bayangkan 9 jam duduk atas train...lama tu...leh berakar bontot ni haha..sebelum ni tiap kali balik, ada mmber aku teman sebab kami dtg dari negeri yang sama cuma dia Pendang sana..ulu ker??haha aku plak kt Alor Star..org putih panggil Town Boy haha..lagi 3 jam aku perlu tunggu kt bilik ni sorang2..tidoq sudah, makan sudah , kemas barang sudah, sampai tak tau nk buat apa dah..tidoq pun xlena coz dok teringat nk balik ja..hehe..rindu kt kampung..pastu balik nk p tgok mangsa2 banjir kt Alor Staq tu..cian kt depa..kita yang bernasib baik ni kena la bagi sokongan kan.. harap2 train aku malam ni tiba ON TIME sbb selalunya jadual pukul 9.15 tapi train mai pukul 10.15...jenuh nak menunggu..kalau balik ramai2 xpa jugak..ni balik sorang2..nk menyembang dgn sapa kan..harap aku selamat tiba kt Aloq Staq dgn selamat Aminnnnn.... dijangka aku sampai kt Aloq Staq dalam pukul 7.30 pagi esok..pastu kena naik bas kola kedah plak..sbb malas nk suh abah aku mai amik kt stesen dia pun xberapa nk sihat..malas aku nk menyusahkan dia..sampai ja kt rumah aku nk tidoq puas2 puas..haha..so pasni aku jarang la sikit nk update blog ni coz kt rumah aku  tak ade internet..klu aku p Cyber Cafe tu baru la aku update kot..kepada kawan2 aku yang balik kampung tu jaga diri baik2 jaga kesihatan anda..ingat kita belom habis lagi perjuangan untuk sem ni..Final Exam menanti lepas raya ni..so balik rumah tu jgn la lupa nk buka nota2 tu..cehhh macam la aku balik stdy kn haha 2x5 ja aku pun..stdy last minit. oklah jumpa lagi di lain waktu..semoga umur panjang dan dapat memblogger lagi hehe..salam...

Saturday, November 6, 2010

cry for freedom..

The fire is burning
We lay our weapons down to rest
The war ain't over
Till all the people are free

Straight from our heart we cry
This war has taken too many live
Because for the sake of freedom
We will be syuhada


Our sons will carry on
We will try our best
To keep our dream alive
And voices of Jihad will be heard
All around the world

Straight from our heart we cry
Searching for a perfect life
So stand up and cry for freedom


Our brothers in prison
But no crime was everdone
The children are taken away
Families are destroyed
And million have died from starvation


So stand up and cry for freedom 
And let them know we are here
Stand up and cry for freedom
We fight to the last of our breath

Oh Allah..
we pray that maybe soon
Someday the Islamic world
Will smile again

Straight from our heart we cry
Searching for a perfect life
So stand up and cry for freedom

Oh Allah..
we have to continue fighting
We will never give up

Straight from our heart we cry
Searching for a perfect life
So stand up and cry for freedom..

warkah untuk sahabat

  1. Tiba-tiba saya terdetik untuk menulis mengenai tajuk ini.Apa yang ditulis ini adalah benar-benar daripada apa yang ada dalam isi hati ini.Saya memilih perkataan ‘warkah’ kerana menganggap penulisan ini ditujukan khas kepada semua sahabat saya yang mengenali diri ini,sebagai satu perkara yang tersangat-sangat penting untuk kalian mengetahuinya.Semoga kalian memberikan perhatian yang serius terhadap apa yang akan ditulis.
  2. Saya mungkin pada pandangan kalian,berbagai-bagai persepsi yang mungkin kalian telah sematkan mengenai diri ini tetapi semua itu tidak penting.Saya dengan rendah diri mengetahui dan menyedari bahawa diri ini sememangnya mempunyai banyak kelemahan,kekurangan dan cacat cela.Saya bukanlah orang yang terbaik untuk menjadi dijadikan contoh dan teladan.Mungkin terlampau banyak perkara yang saya ungkapkan dan tuliskan tidak dibuktikan pada perbuatan dan amalan.
  3. Maka dengan itu,saya menyeru kepada kalian yang dikasihi,mulai dari hari ini janganlah malu-malu dan segan untuk menegur dan menasihati diri ini jikalau ada tersilap dan tersalah pada mana-mana perkara.Saya insya Allah boleh menerima dengan baik setiap teguran yang diberikan.Sebenarnya saya amat-amatlah merindui teguran dan nasihat yang khusus untuk diri ini.
  4. Saya tidaklah mengharapkan daripada kalian wang ringgit,harta benda,gelak ketawa dan mana-mana habuan dunia tetapi cuma menagih kepada nasihat dan teguran yang suci dan jujur untuk diri ini.Saya sedar bahawa ramai yang merasa malu dan segan untuk menegur saya atas banyak faktor,tapi ketahuilah saya sangat-sangatlah memerlukan teguran atas kekurangan diri ini.
  5. Saya juga tidaklah memerlukan ribuan sahabat yang boleh ketawa bersama sebaliknya saya menagih seorang sahabat yang boleh menangis bersama,menginsafi dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini,mengenangkan betapa banyak nikmat Allah yang telah kita kufuri(maksudnya kita tidak menggunakan nikmat Allah pada jalan yang diredhai-Nya),serta mengingati berapa banyak amanah dan tanggungjawab yang kita tak laksanakan.
  6. Cuma satu ini saja permintaan saya daripada kalian(sebagaimana yang disebutkan di atas):TEGURLAH SAYA TANPA TERAGAK-AGAK ATAS KESILAPAN,KEKURANGAN,KELEMAHAN DAN CACAT CELA SAYA!
  7. Di kesempatan ini juga,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang pernah menasihati dan menegur diri ini,semoga Allah sentiasa merahmati hidup kalian!
  8. Akhir sekali saya berharap dan berdoa agar kita semua menjadi antara 7 golongan yang terpilih untuk dinaungi dengan naungan Allah pada hari tidak naungan melainkan naungan-Nya(iaitu hari kiamat) antaranya disebabkan oleh al-ukhuwwah fillah iaitu kita saling mengasihi kerana Allah,bertemu dan berpisah kerana Allah.(Diriwayatkan oleh al-Imam Bukhori dan Muslim rahimahumallah)

Friday, November 5, 2010

Musibah Banjir Di Penghujung Tahun 2010

Salam..sedih aku tengok keadaan di negeri2 di utara terutamanya di kedah dan perlis..musibah banjir melanda..Ujian daripada Allah untuk 
hambanya..diharapkan mangsa-mangsa banjir tabah dan sabar menghadapi dugaan ini. kepada para ibu bapa diharapkan anda menjaga anak-anak masing2, jangan bagi main di air yang arusnya deras. jangan korbankan anak-anak anda semasa banjir ni. kepada pihak yang berwajib, pastikan keperluan untuk mangsa banjir di pantau dan dijaga, pastikan makanan yang dimasak berkualiti bagi mengelakkan keracunan makanan. inilah masa anda untuk membuktikan kepada rakyat yang kerajaan anda prihatin untuk kesejahteraan rakyat. jangan hanya setakat slogan saja yang sejahtera.aku bernasib baik kerana rumah aku jauh daripada kawasan banjir, namun aku dapat merasa kesusahan yang di alami oleh mangsa banjir semua. minggu ni aku akan balik ke kedah, nnt klu ada masa aku ingin p melawat mangsa2 banjir ni dan bagi pertolongan setakat mana aku mampu insyaAllah.. diharapkan musibah ini akan berakhir secepat yang mungkin. sama-sama lah kita berdoa kepada Allah SWT..wasalam..


Gambar-gambar keadaan banjir




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...