Monday, October 25, 2010

KISAH RUMPUT & ORG YG DISAYANGI




Pd suatu pagi di satu sekolah,ada seorang pelajar bertanya pd gurunya.Ketika itu gurunya sedang menyentuh mengenai kasih sayang.Dialog tersebut berbunyi:
Pelajar:Cikgu,macam mana kita nk pilih seseorang yg terbaik sebagai org yg paling kita sayang?
Cikgu:Awak nak tau ke?Sekarang awak buat apa yg saya suruh.Nanti awak dpt tau jawapannya.Kamu pergi ke padang sekolah sekarang.Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu.Pilih mana yg PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang walaupun sekali.Kamu petiklah rumput yg PALING CANTIK yg berada di depan kamu dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar:Ok.Saya pergi sekarang dan buat apa yg cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yg berada di tangannya.Maka cikgu pun bertanya pd pelajar tersebut.
Cikgu:Mana rumput yg cikgu suruh petik?
Pelajar:Tadi saya berjalan di atas rumput sambil mencari rumput yg PALING CANTIK.Memang banyak yg cantik tp cikgu suruh saya petik yg PALING CANTIK jd saya terus berjalan tanpa menoleh ke belakang.Sampai di penghujung saya tak jumpa pun yg PALING CANTIK.Mungkin ada di antara yg di belakang saya sebelum itu tp cikgu dah pesan jgn toleh belakang,jd takde la rumput yg saya boleh petik.
Cikgu:Ya,itu lah jawapannya.Maknanya apabila kita telah berjumpa dgn seseorang yg kita sayang,jgn lah kita hendak mencari yg lain lagi.Kita patut hargai orang yg berada di depan kita sebaik-baiknya.Jgn menoleh ke belakang lagi,yg berlaku tetap dah berlaku.Semoga yg berlalu tak berulang semula.Dan ingatlah orang yg kita sayang itulah yg PALING CANTIK dan PALING BAIK pd mulanya,walaupun banyak lagi yg lebih cantik dan baik.Sama seperti rumput tadi.Kecuali jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi,maka mulakan lah semula.

**Sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus & ikhlas**

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...