Thursday, October 28, 2010

Wanita...Hiasan Dunia



Wanita hiasan dunia..seindah hiasan adalah wanita solehah..
Perempuan Yang Disayangi
Adalah pencinta TuhanNya....
Yang mengalir cinta,takut dan harap...
Yang menguasai perjalanan penghidupannya...
Dari waktu ke waktu....
Dari hari ke hari....
Sehingga perjalanan di antara....
Jasad dan nyawanya berakhir......

PEREMPUAN YANG DIRINDUI.........
Adalah perempuan yang dimata dan wajahnya....
terpancar sinar Nur Ilahi...
Lidahnya basah dengan zikrullah...
Di sudut hati kecilnya.....
Sentiasa membesarkan Allah....

PEREMPUAN YANG DICINTAI...
Yang menutup auratnya....
Dari pandangan mata ajnabi...
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya....
Di sanjung tinggi......
Penduduk langit dan bumi....

PEREMPUAN YANG DIIMPIKAN...
Adalah yang mendekatkan...
Hatinya yang telah jauh...
Kepada AR-Rahman,AR-Rahim...
Di saat orang lain dilamar kebendaan....

PEREMPUAN YANG DIKASIHI...
Yang bersyukur dengan apa yang ada...
Yang bersabar pada yang tiada....
Cinta pada hidup yang sederhana....
Yang tidak bermata benda.....

PEREMPUAN YANG DISUKAI...
Menjadi dian pada dirinya sendiri....
Menjadi pelita untuk putera-puterinya....
Yang bakal dilahirkan......
untuk menyambung perjuangannya di belakang hari....


Wanita..
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 



Keindahan Ciptaan Ilahi



































Wednesday, October 27, 2010

Karakter Zodiak Capricorn – Kambing Jantan (22 Desember – 20 Januari)

Pendiam, Rajin dan Ambisius, Materialis, Gengsi Tinggi, Suka Memerintah, Suka memperalat Orang Lain

Nomor Keberuntungan: 1, 12, 19, 25, 37, 46
Aroma Keberuntungan: Madu-Maduan, Tulip
Planet Yang Mengitari: Saturnus
Bunga Keberuntungan: Lumut, Tumbuhan Ivy (Merambat)
Warna Keberuntungan: Hitam, Coklat
Batu Keberuntungan: Mutiara Hitam
Elemen Keberuntungan: Tanah Pasangan Serasi: Cancer


Para capricorn sangat teguh. Kambing jantan selalu berkeinginan untuk mencapai dan mengusahakan sesuatu. Mereka memiliki keinginan yang kuat dan biasa digunakan untuk mencapai rasa aman. Mereka sangat mantap dalam mengambil langkah seperti layaknya Kambing Gunung. Kapasitas kerja dan keyakinannya sangat besar. Mereka penuh waspada dan jarang meminta bantuan dari orang lain. Mereka suka mengerjakan segala sesuatunya sendiri. Mereka suka menjadi budak bagi diri mereka sendiri dan tidak percaya dengan orang lain dalam mengerjakan tugasnya. Pribadinya sangat sensitif dan sangat membutuhkan penghargaan dari orang lain. Capricorn memiliki kemantapan untuk mencapai tujuan. Pantang menyerah sampai titik darah penghabisan. Kemampuannya dalam hal berencana, digabung dengan kekuatan, stamina dan etika kerja yang kuat selalu membawa mereka menjadi pemenang. Sikapnya yang persuasif memudahkannya mendapatkan dukungan dari orang lain. Sagitarius termasuk materialis, namun tidak suka hidup berlebihan. 


Asmara para Capricorn
: Cenderung sexy dan teguh dalam hal percintaan dan hubungan. Mereka tidak terima jawaban tidak. Jadi, jika kamu menjadi sasaran cintanya, berhati-hatilah. Mereka akan menyeretmu kehadapannya dengan kekuatan dan pesonanya. Cinta adalah suatu kebutuhan bagi zodiak ini dan begitu mereka mendapatkannya, mereka akan memperlakukannya bagaikan barang berharga. Capricorn sangat setia selama pasangannya selalu bersedia membantunya.

Minggu Terakhir

Salam sejahtera semua… sekarang ni kt UM adalah minggu terakhir untuk sesi 2010/2011. Lepas ni semua akan pulang ke kampong untuk menghabiskan minggu study week kt kampong. Lepas itu kita yang umat islam akan sambut Hari Raya Aidiladha atau hari raya korban. Berbalik kepada cerita pasal pelajar2 UM tadi, minggu ni semua sibuk dengan test, hantar assignment ,buat program dan macam2 lagi. 

Minggu yang penuh padat dengan aktiviti. Bagi mereka yang tahun akhir tu, semoga berjaya untuk exam kali ni dan semoga dapan grad dengan keputusan yang cemerlang. Kepada adik2 junior pulak, mesti korang akan teruja dan tak sabar nak masuk dewan peperiksaan kan?. Abg senior cuma nak berpesan, jangan terkejut pulak bila sampai kat bagunan peperiksaan nanti. Suasana kat situ memang agak meriah, masing-masing sibuk membaca nota kecil dan ada diantara mereka duduk dalam group dan berbincang pasal soalan exam dan ada jugak segelintir yang rilek je tak baca apa2.. maybe diorang dah hafal kat bilik kot tak pun diaorang datang bawa “toyol” sama2 haha…macam-macam ragam boleh Nampak nanti.
 Emm bagi aku, harapnya ni lah kali terakhir masuk dewan peperiksaan tu. Pasni n ink grad je.. harap paper semester ni semua lulus dengan baik. Apa pun aku ucapakan semoga berjaya dalam exam nanti, dan selamat pulang ke kampong halaman. Jaga diri anda semua baik2..dan jangan lupa untuk datang semula untuk jawab exam hehe.. lepas paper last baru kita enjoy ok..!!! haha..ok cau dulu…daaa wasalam..

Tuesday, October 26, 2010

Takdir Cinta Kita

Synopsis
Episod 1

Ana (bukan nama sebenar) seorang gadis yang sangat manis.. Dia anak kedua dari 2 orang adik beradik. Dilahirkan dalam keluarga yang agak berada.. Ana berasal dari negeri selatan tanah air iaitu Johor. Dia berjaya melanjutkan pelajaran peringkat ijazah sarjana muda di fakulti Akademi Pengajian Melayu di Universiti Malaya. Ana agak terkenal dikalangan pelajar di APM kerana pewatakan yang menarik sentiasa mendapat perhatian di kalangan pelajar lelaki. Malah di hostel tempat dia menginap turut berlaku pekara yang sama.

Ada dikalangan pelajar senior cuba untuk menghampiri dia dan ingin berkenalan tetapi fahana tidak melayan karenah pelajar-pelajar senior itu. Sesiapa yang tidak kenal dengan lebih dekat dengan dia mungkin akan menganggap Ana seorang yang agak sombong. Di kolej kediaman tempat dimana Ana tinggal telah kedengaran suara-suara yang agak tidak berpuas hati dengan dia kerana sikap Ana yang tidak suka bergaul dan bercampur dengan orang yang tidak dikenali menimbulkan rasa agak kurang senang pelajar di situ baik lelaki mahupun perempuan.

Setiap hujung minggu Ana akan pulang ke rumahnya di Batu Pahat, Johor kerana lebih selasa menghabiskan cuti bersama keluarga. Ana akan dijemput oleh abangnya setiap kali hujung minggu. Ana sangat manja dengan ibunnya kerana bilangan ahli keluarga yang tidak ramai menyebabkan perhatian diberikan lebih kepadanya berbanding abangnya yang bolh berdikari sendiri. Abang Ana telah mendirikan rumahtangga pada usia 23 tahun dan kini sedang menunggu cahaya mata yang pertama bagi mereka. Ana sangat teruja untuk melihat ahli keluarga yang baru.

Di Universiti Ana seorang yang agak aktif dalam aktiviti –akiviti yang dianjurkan oleh kolej. Walaupun baru 4 bulan berapa di University, Ana cepat untuk menyesuaikan diri dalam aktiviti yang melibatkan orang ramai. Setiap kali Ana muncul pasti mata lelaki terarah kepada Ana. Hal ini menyebabkan ada perasaan kurang senang di kalangan pelajar senior kerana Ana mampu menarik perhatian ramai lelaki. (BERSAMBUNG)..


BERSAMBUNG KEMBALI...
Episod 2


.Setiap pagi ana akan berjalan kaki untuk pergi ke kuliah kerana fakultinya berhampiran dengan hostelnya. Ana ditemani beberapa kawannya yang lain yang juga teman rapatnya. Ana menghabiskan masa bersama mereka kerana ana agak kekok untuk bergaul dengan orang yang tidak dikenalinya. Pada satu hari, semasa sedang berjalan pulang dari kuliah, ada dihampiri sebuah kereta yang agak mewah. Pada ketika itu, ana berseorangan kerana subjek yang diambil ana tidak sama dengan kawan-kawan baiknya. Kereta itu memberhentikan betul-betul dihadapan ana. Pada ketika itu, hati ana sudah berdebar dan berasa takut kerana dia berseorangan. Pemandu kereta itu menurunkan cerminnya yang agak gelap itu. Seorang jejaka yang agak tampan dan berpakaian kemas yang memandu kereta itu. Ana yang masih terpinga-pinga cuba menoleh ke dalam kereta itu. Pemuda tersebut rupanya ingin bertanya arah jalan untuk menuju ke fakulti Akademi pengajian melayu. Ana yang dalam keadaan takut tadi kini kembali normal dan menunjukan arah jalan untuk menuju ke APM tadi. Dalam hatinya terdetik,  “boleh tahan jugak mamat kacak ni”. Ana yang tersenyum simpul lalu berada dari situ dan pemuda tersebut menuju ke APM. Sampai saja di bilik ana baringkan dirinya di atas katil dan tersenyum seorang diri sambil teringatkan jejaka kacak itu tadi. Tetapi hati kecilnya berkata, tak perlu ada perasaan suka kerana fokus utamanya ialah untuk belajar. Lalu ana membuang perasaan itu jauh-jauh dan meneruskan aktiviti hariannya iaitu membuat assignment dan berfacebook.


Pada keesokan harinya, ana dan kawan-kawan berjalan kaki untuk pergi ke kuliah, tiba-tiba ana terlihat kereta yang menghampirinya lalu  dihadapannya dan menuju ke APM. Hatinya tertanya-tanya siapakah gerangan pemuda itu dan apa yang dilalukan pemuda itu di fakultinya. Sebaik sampai di dewan kuliah ,ana masih terfikirkan persoalannya tadi sehinggakan kawan-kawannya menegur sikap ana yang agak mendiamkan diri sebaik tiba di kuliah. Ana hanya memberikan senyuman kepada kawan-kawannya itu. Sebaik pensyarah masuk, ana kembali fokuskan kepada pelajarannya. Diakhir kuliahnya, pensyarah memperkenalkan seorang jejaka untuk mengantikan tempat pensyarahnya untuk seketika kerana pensyarahnya terpaksa mengambil cuti buat seketika atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Rupanya pemuda yang ana jumpa pada hari sebelumnya itu adalah pensyarah ganti untuk kelas yang diambil oleh ana. Pemuda itu merupakan lulusan Sarjana dari Universiti Kebanggsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Kesusasteraan Melayu. Berumur 26 tahun, masih bujang dan berasal dari utara tanah air. Nama pemuda itu, Mohammad Aidil. Pada ketika itu, pelajar-pelajar perempuan yang lain mula berbisik antara satu sama lain dan perkataan yang didengar ialah “wah..bestnya dapat lecture kacak. Aku tak mau ponteng kelas dah la lepas ni” . Ana hanya mendiamkan diri sahaja kerana dia tidak suka ada perasaan lain semasa di kelas. Pada hari itu, topik perbualan kawan-kawan kelasnya hanya tertumpu pada pensyarah ganti itu sahaja.

Kelas yang diajar En. Aidil itu seminggu hanya dua kali iaitu 2 jam untuk kuliah dan 1 jam untuk tutorial. Setiap kali kelas En. Aidil, pasti kaum-kaum hawa akan memamstikan kerusi-kerusi dihadapan akan dipenuhi oleh mereka. Hal ini menimbulkan perasaan kurang senang oleh kaum adam. Perwatakan yang dibawa oleh En. Aidil yang agak “friendly” menyebabkan ramai berasa senang dan tidak berasa bosan ketika mendengar kuliah yang diberikan oleh En.Aidil. Sekali sekala kelihatan mata En.Aidil terarah kepada Ana yang berada disudut agak jauh. Namun, Ana tidak memperdulikannya sebaliknya meruskan aktivitnya iaitu menulis nota kuliah. Masuk minggu kedua, semasa diakhir kuliah En Aidil, beliau memanggil nama ana yang sedang berjalan kelaur dari dewan kuliah itu. Ana terkejut dan tertanya-tanya kepada En Aidil memanggilnya. Sebaik tiba dihadapan En Aidil, Ana memberikan senyuman manisnya yang boleh membuatkan ramai jejaka akan jatuh cinta padanya. Sebenarnya En Aidil baru perasan siapa Ana, gadisnya yang pertama dia jumpa semasa melaporkan diri di UM . En Aidil bertanyakan kepastian adakah Ana orang yang memberikan tunjuk arah itu. Ana hanya senyum dan menganggukkan kepalanya. En Aidil ingin mengajak Ana untuk ke Kafe untuk belanja Ana minum sebagai tanda terima kasihnya kepada Ana diatas pertolongan Ana itu. Ana terkejut dan malu pada ketika itu, dia memberikan alasan dia ada hal yang perlu diuruskan segera dan meminta maaf kerana menolak pelawaan pensyarahnya itu. En Aidil hanya tersenyum dan memahami situasi Ana. Lalu Ana beredar dari situ menuju ke pejabat Fakultinya.

Seperti biasa menjelang hujung minggu, Ana akan mengemaska barang-barangnya untuk pulang ke rumahnya di Batu Pahat. Pada petang jumaat itu, abang Ana menelefonnya untuk memberitahu bahawa abangnya tidak dapat datang untuk menjemputnya pada hari itu diatas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan. Ana yang sudah bersiap berasa kecewa dan tetap mahu pulang ke rumahnya. Dia mengambil keputusan untuk pulang menaiki bas sahaja. Ana berjalan keluar dari hostelnya menuju ke hentian bas/teksi untuk mengambil teksi pergi ke Terminal Bas Sementara, di Bukil Jalil. Semasa menunggu teksi, kelihatan sebuah kereta berwarna hitam bercermin gelap member isyarat untuk berhenti dihadapannya. Tiba–tiba……..(BERSAMBUNG YE)

BERSAMBUNG KEMBALI...



Episod 3


Tiba-tiba Ana terkejut kerana En Aidil rupanya yang memberhentikan kereta itu. Ana tersenyum simpul apabila En Aidil menegurnya. En aidil menanyakan tujuan Ana berada disitu, lalu ana memberitahu bawaha dia ingin pulang ker rumahnya di Johor menaiki bas di bukit jalil. Kebetulan dalam masa yang sama En Aidil mempunyai urusan di Bukit Jalil lalu dia mengajak ana untuk menaiki keretanya. Ana yang keberatan untuk menerima pelawaan en aidil itu kerana ana seorang yang pemalu dan tidak biasa menumpang kereta lelaki yang dia kurang kenali. En Aidil menyakinkan kepada ana dia ikhlas untuk menumpangkan ana kerana pada ketika itu hari semakin petang dan susah untuk mendapatkan bas. Pada hari itu cuaca semakin mendung dan hujan di jangka akan turun pada bila-bila masa. Melihat kepada keikhlasan en aidil dan factor cuaca, akhirnya ana menerima pelawaan en aidil itu untuk menghantarnya ke terminal bas di bukit jalil.

Jam di kereta En Aidil telah menunjukkan sudah pukul 6 petang. Pada ketika itu jalan raya agak sesak kerana waktu puncak orang ramai keluar dari pejabat untuk pulang ke rumah. En aidil memandu kereta dengan agak pelahan sambil mendengar celoteh di Sinar FM. Ana pada ketika itu masih mendiamkan dirinya tanpa berkata-kata kerana dia agak malu untuk berbicara dengan En Aidil. Melihat kepada situasi itu, En Aidil memecahkan ruang sunyi itu dengan menanyakan soalan kepada Ana. En aidil cuba untuk mengenali Ana dengan lebih lanjut dan ingin tahu latar belakang keluarga Ana. Ana dengan perasaan yang malu mula bersuara, dan menceritakan latar belakangnya kepada En Aidil. Sekali sekala En Aidil memberi jelingan manja kepada Ana sambil memberi perhatian kepada pemanduannya.

Keadaan di jalan raya semakin sesak apa bila memasuki lebuhraya KL- Seremban. Pada ketika itu, hujan mula turun renyai-renyai membasahi jalan raya. Keadaan menjadi semakin gelap pada ketika itu, Ana masih menceritakan kehidupanya kepada En Aidil. Setelah itu Ana pula menanyakan latar belakang En Aidil pula. EnAaidil tanpa rasa  segan silu mula bercerita tentang dirinya dengan nada yang agak yakin sambil di dengar oleh ana. Sekali sekala Ana tersenyum simpul apabila En Aidil membuat jenaka bagi menghilangkan tekanan memandu dalam keadaan agak kesesakan. Pada satu ketika, En Aidil menyoal satu soalan yang membuatkan Ana terdiam buat seketika, En Aidil ingin tahu sama ada Ana sudah mempunyai teman lelaki atau belum. Ana hanya terdiam lalu hanya tersenyum apabila mendengar soalan itu lalu Ana cuba mengalih tumpuan En Aidil dengan menunjukkan satu kemalangan yang berlaku di tepi lebuhraya itu. Disebabkan kemalangan itu, En Aidil terlupa seketika dengan soalannya itu. Setelah hampir sejam setengah berada didalam kereta En Aidil, akhirnya sampai juga di Terminal Bas sementara di Bukit Jalil. Sebelum Ana turun dari ketera, En Aidil memberikan sekeping kad namanya kepada Ana. En aidil sempat berpesan jika perlukan apa-apa pertolongan daripadanya, boleh menghubunginya pada bila-bila masa sahaja. Ana menyambutnya dengan senyuman manisnya itu lalu mengucapkan terima kasih kepada  En Aidil kerana sudi menghantarnya ke situ. Lalu Ana terus menghala ke kaunter tiket bas. En aidil pun berada dari situ setelah Ana hilang dari pandangan matanya.

Setiba di kaunter tiketnya, Ana meminta kepada penjual tiket untuk membeli tiket bas untuk ke Batu Pahat dan dia inginkan “single seat” namun pejual memberitahu bahawa kesemua tempat duduk yang seorang telah penuh dan yang tinggal hanya kerusi berdua. Ana tiada pilihan lain terpaksa juga membeli tiket itu kerana dia tidak sabar untuk pulang ke rumah kerana rindukan keluarganya. Waktu perjalanan bas untuk ke Batu Pahat pada pukul 9 malam. Ana terpaksa tunggu hampir sejam di situ sebelum menaiki bas. Semasa menunggu di situ.. tiba-tiba Ana terdengar satu suara menegurnya dari belakang. Ana menoleh kepalanya kebelakang dan mendapati rupanya suara yang menegurnya itu adalah…….(BERSAMBUNG LAGI HEHE)




Episod 4

Ana menoleh kepalanya dan mendapati rupana suara yang menegurnya itu adalah kawan baiknya semasa di sekolah menengah. Namanya zakri dan dia kini melanjutkan pelajarannya di UITM dalam jurusan sains teknologi. Zakir memang pakar dalam hal-hal berkaitan komuter ini. Lalu ana bertanya arah tujuan zakri berada disitu. Zakri memberitahu bahawa dia mahu pulang ke batu pahat juga. Kebetulan arah tujuan mereka adalah sama dan bas yang mereka naiki juga adalah sama. Setibanya bas disitu, mereka bergegas menaikinya kerana sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah. Sebaik ana duduk ditempat kerusinya, tiba-tiba zakri muncul dan duduk disebelah ana. Rupanya tempat mereka berdua hanya bersebelahan. Ana bersyukur sangat sebab orang yang disebelahnya adalah orang yang dia kenal.
Semasa dalam perjalanan, mereka berbual rancak kerana sudah lama tidak berhubung setelah masin-masing menamatkan pelajaran di peringkat SPM.  Masing-masing bercerita mengenai kehidupan mereka sebagai mahasiswa. Sebenarnya pada zaman persekolahan dulu, zakri adalah salah seorang yang meminati ana. Cuma zakri tidak berani untuk meluahkan perasaannya kerana takut cintanya di tolak. Dia hanya memendamkan perasaannya sehingga sekarang. Zakri seorang yang berkulit hitam manis dan mempunyai hidung yang agak mancung kerana zakri mempunyai kacukan melayu dengan india.

Jarak perjalanan dari bukit jalil untuk ke batu pahat mengambil masa kira-kira 3 jam setengah. Suasana malam makin sunyi, namun zakri dan ana masih berbual walaupaun pada ketika itu ana agak keletihan. Disebabkan lama tidak berjumpa ana mengagahkan dirinya untuk berbual dengan zakri. Setelah 2 jam didalam bas perbualan mereka menjadi semakin perlahan. Dan beberapa minit lepas itu masing-masing tertido dalam keadaan keletihan. Pada ketika itu hujan masih membasahi bumi. Setelah mengharungi perjalanan 3 jam 30 minit, mereka selamat sampai di stesen bas batu pahat. Sebaik saja sampai , kedua-dua mereka terjaga dari tido dalam keadaan yang agak kepenatan. Sebaik turun dari bas, ana menelefon ayahnya untuk datang mengambilnya disitu. Jarak rumah ana dengan stesen bas hanya 10 minit. Zakri juga menelefon abangnya untuk datang ambil disebabkan pada ketika itu bas untuk ke rumahnya sudah tidak beroperasi kerana sudah lewat. Sementara menunggu keluarga masing-masing zakri memberanikan diri untuk meminta nombor telefon ana. Ana yang tanpa segan silu memberikan nombor telefonnya beserta emel facebooknya. Zakri sempat berpesan, jika ada masa bolehlah jumpa dia lagi. Dalam hati zakri terdetik “alangkah indahnya kalau aku dapat keluar dating dengan ana”

Selepas menunggu beberapa ketika, ayah ana muncul dengan menaiki sebuah kereta yang agak mewah. Maklum lah ayah ana mempunyai jawatan yang agak tinggi di pejabatnya. Ayah ana ialah penolong pengarah di pejabat daerah, Batu Pahat. Kira-kira pukul 12 mlm ana tiba di rumahnya. Pada ketika itu, ibunya sedang menanti dalam keadaan yang sudah mengantuk. Namun tetap menunggu anak kesayangannya pulang ke rumah. Sebaik tiba di rumah ana berpelukan dengan ibunya melepaskan rindunya. Selapas itu ana meminta izin untuk pergi berehat didalam bilik. Ana mencium pipi ibunya sambil mengucapakan selamat malam. Ana membersihakan dirinya sebelum tidur. Sebaik sahaja ana membaringkan dirinya di atas katil kesayangannya, tiba-tiba handfonnya berdering. Ana melihat di paparan skrin handphonenya siapa yang menelefonnya malam-malam tapi tiada dalam senarainya. Ana membiarkan saja hanfonnya berdering kerana tidak mahu menjawab panggil kerana dia tidak mengenali nombor itu. Apabila ingin melelapkan matanya sekali lagi handfonnya berbunyi, nombor yang sama juga yang menelefonnya. Kali ini dia terus menjawab panggilan itu.. rupanya orang yang menelefonnya itu ialah……..BERSAMBUNG HAHAHA




Malam pertama Kita

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan

Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....

Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,

Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga

Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..

Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....

Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untuk

membacanya terus hingga ke akhir.



Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"

kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah. ..
Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke

''Malam Pertama Kita'

Monday, October 25, 2010

Lawn Bowl SUKMUM 2010/2011 (Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin KK9)





























Kenangan terindah bersama anda semua wahai atlet2 boling padang KK9





Degree Of Sports Science 2007/2008 at University of Malaya, Kuala Lumpur

Bergambar kenangan untuk kali terakhir..

CINTA ALLAH

Kalau seseorang itu merasakan ianya hanya seorang
Tandanya ia belum mengenal Tuhannya
Kalau kenalpun…. tapi tak cinta
Kalau tak rasa cinta….. alamat jauh di hati jauh di mata.

Allah yang menciptakan setiap orang
Sama ada yang dibenci atau yang disayang
Allah yang ciptakan benci dan sayang
Allah yang menjadikan dirinya rasa seorang
Apabila ia tak kenal pada Pencipta seseorang.

Allah maha pencipta segala-galanya
Apa yang dipinta semuanya boleh diberi
Tapi manusia " kenapa ?..tak percaya..."
Rugilah ,rugilah dan terus rugi.

Kalau kita cintakan seseorang
Pasti kita ingin bertemu selalu
Kalau kita cintakan Allah…
Bertemulah selalu dalam zikrullah.
Bertemulah selalu didalam solah
Bertemulah selalu di rumah Allah
Berpegang teguhlah kepada Al-Quraan dan As Sunnah.

Puisi Rindu Buat si Dia

Pagi ini...
Aku berdiri di sini,
umpama menanti kehadirannya,
menanti penuh pasti,
pasti hadir di sisi pasti...

Tika siang pula...
Aku duduk ditepi tasik,
bagai semua yang becermin,
aku lihat wajah mu...
bagai semua terukir dan terlukis wajah mu...
kalau malam,
lenaku selalu ditepuk gelisah,
kerana mimpi bagai menggigit-gigit lenaku,
inginku tepis rasa itu,
tapi rasa itu bagai tidak mengerti...
Aku tarik nafas sedalamnya,
Aku hembus ke udara...
Sakit juga pabila ia datang,
terguris jua tika oa pergi...
Kerana... mata ini yang melihat keliling,
mata ini yang mencari wajahmu yang pasti,
namun, tiada jua datang ke mari...
ingin ku kau tahu..
wajahmu itu senantiasa bermain dalam segenap imaginasi benak fikirku,
Namun, wajah itu tak boleh ku sentuh...
kata-kata cinta dan kasih ini juga hanya bermain dalam hati...
berlegar-legar dalam jiwa..
Kuat aku menongkah ke tepi,
Malah masih lemas aku dalam perasaan itu,
ia datang!
bagai arus yang amat deras dari puncak,

ingin jua kau tahu...
ingin ku hadirkan wajahmu,
hadirkan wajah itu seperti ada...
namun gagal... 
kerana ia sekadar rindu...
Rindu yang membuat aku terpaku...
terpaku dalam kehidupan waktu....
waktu yang mengekang kita,
antara zaman dengan zaman,
antara ada dan tiada...
Tuhan... Rindukah itu yang memanggil aku...
Rindukah itu menggamit perasaan aku..
sehingga aku di dalam dilema...

Rindukah wajah itu kepada aku?
Rindukah wajah itu seperti aku?

Rindukah wajah itu bagai dulu kepadaku?
Harap jua kau begitu...jangan biarkan rindu semakin membusung,
bagai terseksa lunak perasaan itu...
jangan didera perasaan yang pasti,
kerana ia akan membuatkan kita terluka...
sehingga berdarah dan mati~

CATATAN RANJAU KEHIDUPAN

 Pentas bicara menyusur sepi
Disebalik catatan tercalit ranjau kehidupan 
Rintihan hati penuh siksaan
Bisa menghiris luka yang kian dalam.


Kebaikan yang kusemaikan
Dibalas cerca umpatan
Keikhlasan yang kuhamparkan
Umpama bersiram di dasar lautan
Penghormatan yang kuabadikan
Bagai mengundang dosa berzaman.


Salahkah impian yang kuangankan?
Berdosakah aku menabur harga kasih sayang?
Kejikah aku menyatakan kebenaran?
Mengapa hinaan kata jua yang dilemparkan!?


Tangisan kehampaan memohon keadilan
Agar jiwa mengecap ketenangan
Demi mengakhiri catatan ranjau kehidupan.

telah sampai waktunya..


salam..diam tak diam dah hampir 3 tahun aku di University Malaya ni..minggu ni adalah minggu2 terakhir sesi kuliah aku..tinggal selangkah ja lagi aku nk mengengam segulung ijazah aku yang telah lama aku idamkan..lepas ni pasti aku akan merindui semua kenangan manis n pahit aku sepanjang berada di UM ini..terlalu banyak kenangan yang tak boleh aku lupakan dan pasti aku akan ceritakan kenangan itu kelak bila aku mempunyai anak..UM banyak memberi aku ilmu yg berguna untuk aku gunakan untuk menempuhi alam kerjaya nanti.. sebelum ini best je tengok senior2 aku konvo n pakai baju jubah.rasa tak sabar pulak..tp kita hanya merancang..Allah swt yang akan tentukan semuanye.harap semuanya berjalan dengan lancar..ajal maut ni kuasa DIA so kita tak mampu nk halang..aku cuma berdoa dipanjangkan umur aku, mak, abah n semua ahli keluarga aku supaya depa dapat melihat dan berbangga dengan pencapaian anak n adik mereka..dulu mak aku pernah cakap.klu boleh dalam keluarga kita, bagi la ada sorang masuk U..akhirnya doa ibu aku termakbul jgk..sebab anak dia yang bongsu ni berjaya jejak kaki kt menara gading..ibu bapa mana yang tak gembira tengok anak dia masuk U.. Mak..cheq dah buat yang terbaik untuk mak n abah..cheq akan balas balik budi mak n abah sepanjang membesarkan cheq sampai sekarang ni..cheq tak kan lupa pergorbanan mak n abah tu..aduhhh terkeluaq loghat utara plak hehe.. bln 11 ni exam aku yang terakhir semoga aku dapat jawab dengan baik sebab nak jaga pointer takut jatuh plak..nnt susah nk minta keje kalau pointer tak ok..lepas habis exam, aku kena bersedia untuk buat latihan internships plak..masih blur lagi ni nk bt kt mana..tempat dah ada cuma tak nk pilih yang mana..tkut tersilap pilih plak nnt..naya oooo haha.. apa pun kt mana aku bt internship pun aku kena bersedia dari sekarang..tiba sudah masanya aku nk praktikan apa yang telah aku belajaq dari pensyarah aku..semoga aku mampu untuk menghadapinya...chaiyok2....

My Lovely Family

y


Ni Mak N Abah tersayang.. Azizan Bin Hanafiah dan Che Lat Bt Ariffin..anakanda mendoakan semoga bahagia selalu dan dipanjangkan umur..sayang sangat kt mak n abah..muuuahhhhhh


yang pakai baju hitam tu abang aku yang sulung nama dia Mohd Amir. dia keje Senior MA kt Klinik Bersatu  kt Penang. yang pakai baju penganti tu plak akak aku..nama dia noor azliza..dia keje staff nurse kt hospital Kajang.


ni abang aku yang no 2, nama dia Mohd Latiff. dia keje APMM kt Kota Kinabalu. Sebelah dia tu isteri dia nama Emma bt...ape ekk haha xtau la.. dia orang sabah bah...
ni plak abang ipar aku.. nama Mohd Anuar B. Johari.. dia keje sebagai Pegawai Penjara kt Penjara Kajang
ni gambar masa akak aku kawin.. dari kiri kak ema, shahirah(dukung), kak jaa, mak, arif danial(budak kecik tu) n kak ipar aku yg sulung, kak azah..kak azah dia keje sebagai Juru X ray kt Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star.
pasangan bahagia haha..ni gambar anak buah aku.. yang sebelah kiri tu nama dia Nurshahirah nadirah n yang boy tu nama Akmal haziq. time ni umur 4 bulan kot
ni anak buah aku yang sulung.. nama dia Muhammad Azizul hakim.. umur 8 tahun dh skrg ni..buas giler dia ni haha

ni plak anak buah yang no 2 nama dia Muhammad Arif Danial...aku panggil dia si Murai sbb mulut dia mengalahkan burung murai bila bercakap haha

Yang ni ada akak aku..nama dia Mohamad Irfan..umur dia skrg 2 tahun rasenye hehe..tiap2 hujung mggu klu free mesti aku p main dgn dia kt Kajang tu..


nie time raya tahun lepas..tema tahun tu puprle..sape cumil lg??hehe


bergambar dengan org sabah hehe..time ni kali kedua dia balik kedah..manje betul dengan chik dia kn

senyum sokmo dia...alaa tak tutup aurat ni..hehe 



Ni baby akak liza yang dilahirkan pada 26 Mac lepas..nama dia Aina Damia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...