Sunday, November 13, 2011

Kehidupan dan Pengobanan

Assalamualaikum pembuka bicara hari ni.. hari ini 13 November 2011 bersamaan 17 Zulhijjah 1432... lama sudah saya tidak mengemaskini blog nie..maklum la sibuk sikit study.. Study??? haha study untuk exam SPA 17 Nov ni..semoga dipermudahkan segala urusan saya nanti.. Hari ini cuma nak cakap pasal kehidupan saya sekarang..Alhamdulillah..semakin hari semakin nampak kecahayaan yang datang dalam hidup saya..syukur kepada Allah SWT memberi peluang untuk saya kembali mencari kehidupan yang sebenar sebagai seorang insan yang bergelar ISLAM. semoga hati ini terus tabah dan sabar menghadapi dugaan dalam hidup.. lebih-lebih lagi dugaan dari musuh utama umat islam iyakni syaitan. Semoga kita berlidung dengan Allah dari godaan syaitan yang cuba memesongkan akidah kita. Sesungguhnya saya percaya perubahan dalam hidup ini mungkin disebabkan doa dari kedua ibu bapa saya yang tidak henti-henti mendoakan untuk anak-anaknya.. Saya cuba menjadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapa saya... " Ya Allah..janganlah KAU mengambil nyawa ku dan kedua ibu bapaku..sebelum mereka sempat menjadi tetamu Mu di Tanah Suci Mekah..Kau permudahkanlah segala urusan ku untuk membawa kedua ibu bapaku menunaikan rukun islam yang kelima iaitu menunaikan haji..aminnnnnn " di sini saya ada sedikit sajak atau puisi yang datang dari hati ini untuk kedua ibu bapa saya...

IBu.......
Kaulah ibu yang terbaik dalam hidupku...
Jasa dan pengorbananmu tidak mungkin dapat ku membalas hingga akhir waktu..
Kau tidak jemu mendidik..menjaga dan memberi kasih sayangmu...
Menyanyangi mu adalah kewajipan sepanjang hidupku..
Takkala semua orang masih di buai mimpi shadu..
Kau bangun memyediakan segala persiapan untuk anak-anak mu...
Tanpa perasaan penat lelah..kau sentiasa ada bersama kami...
Semoga di panjangkan umurmu wahai ibu ku...
agar dapat aku berbakti untukmu....
sehingga hujung nyawa mu  Ibu....


Abah.....
Kaulah menjadi Idola ku....
Siang dan malam mencari rezeki untuk anak-anakmu...
mengerah keringat tidak mengira waktu...
menitis peluh mu ke bumi bagai mutiara salju..
yang sentiasa mengalir di setiap pergerakkan mu..
mencari sesuap nasi untuk anak mu..
kini ku sedar pengorbanan mu...
tidak ada nilai gantinya untuk ku....

Love you So Much MAK & ABAH.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...