Terima kasih....
Terima kasih kerana datang dalam hidup ini walaupun hanya seketika...
Terima kasih kerana memberi senyuman sentiasa terukir dibibir disaat mula mengenali kamu...
Terima kasih kerana mengembirakan diri ini walaupun bukan untuk selamanya...
Terima kasih atas layanan yang diberikan sepanjang perkenalan kita..
Terima kasih kerana sudi menjadi kawan saya yang tahu sampai bila...
Sampai masanya...
kamu pergi dari hidup ini....
aku masih belum mengeri apa salah ku....
ada dosa ku kepada kamu....
kamu berubah dalam sekelip mata...
hilang kemesraan yang pernah kamu berikan suatu ketika dahulu...
kamu menjadi seolah orang asing dalam hidupku...
tetapi sebaliknya buat insan yang kamu rapat...
kamu boleh gelak ketawa..beramah mesra....seperti mana kamu pernah lakukan dalam hidup ini..
aku binggung......
Hati kamu bukan buatku...
mungkin sebab itu lah semuanya berubah...
aku tahu siapa aku....
masih tercari-cari kehidupan...
sebaliknya kamu sudah memiliki semuanya....
andai itu lah alasan kamu.....
aku terimanya walaupun ia amat menyakitkan...
mugkin aku tidak layak untuk berada disisi kamu.....
kerna ramai disekeliling kamu memiliki segala galanya...
Mungkin....
aku perlu pergi dari hidup kamu....
membuang perasaan ini sedalam dalamnya....
dan membuka pintu hati ini untuk orang yang begitu menyanyangi diri ini...
aku akan cuba terimanya.....
walalupun mengambil masa.....
yang sanggup bersusah senang dengan ku...
disaat aku perlukan kekuatan....
kini...
aku sedar siapa kawan susah dan senang....
kawan susah sukar untuk dicari...
terima kasih atas segalanya.....
mungkin tiada jodoh antara aku dan kamu...
tapi ingatlah... sekali kamu kehilangan....
kamu pasti takkan menemuinya lagi...
dan apabila kamu sudah jumpa insan yang benar-benar kamu suka...
ikatlah ia dengan kejujuran dan kesetian,
jangan biarkan ia pergi lagi...
tapi kamu harus ingat....
jika kamu merasakan ia amat baik untuk kamu..padahal ia buruk buat kamu..
dan kamu merasakan buruk buat kamu...
padahal ia akan mencantikan hidup kamu...
janganlah kamu memandang rupanya, hartanya...
sebaliknya pilihlah agamanya..budi bahasanya kelak kamu pasti bahagia...
Akhirnya...
aku memohon seribu kemaafkan diatas segala ketelanjuran kata2 ku pada kamu...
maafkan diri ini andai menyusahkan hidup kamu...
maafkan diri ini kerana menyukai diri kamu...
maafkan diri ini kerna menyanyangki kamu...
maafkan segala-galanya...
terima kasih terima kasi terima kasih....
Nurkilan : Insan Kecewa
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan- pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar” (Surah Al-Asr:1-3)
Tuesday, December 27, 2011
Monday, December 26, 2011
Sahabat Sejati Sukar Dicari
“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-
Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
- Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.
P/S PDH : Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.
Mencintai Dia Dalam Hati
Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way
P/S PDH : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.
If you really love her, you won’t touch her.
“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way
“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)
P/S PDH : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…
Sunday, December 11, 2011
Terima kasih atas segalanya....
Assalamualaikum...hari ini 15 Muharram 1433..bersamaan 11 Disember 2011, aku tergerak untuk menulis apa yang ku rasa.. ada cerita duka ada cerita gembira.. semuanya akan ku rangkum di sini saja.. aku hanya hamba Allah yang tidak pernah sempurna dan sering melakukan dosa..mungkin atas dosa yang pernah ku lakukan aku di beri ujian dari Mu Ya Allah..namun aku redha dengan ujian yang menimpa ku..jauh sekali untuk aku mempertikaikan segala ketentuan ini..
Aku pasrah....mungkin aku sekali lagi diuji dengan kekecewaan..yang membuat aku terus menjadi tabah...mungkin aku bukan diciptakan untuk dia...bukan dicipta untuk menjadi imam disetiap solatnya.. menjadi suami mithali untuk dia.. menjadi ayah kepada anak-anak dia..menjadi ketua dalam keluarganya.. andai itu yang telah tertulis sejak azali..aku terimanya akan ketentuan itu dengan redha dan sabar.. Aku seorang hamba yang banyak kelemahan tak mampu untuk merebut cinta halalnya.. semoga ada insan yang lebih baik dari aku akan datang kepadanya untuk membimbingnya..
Tuhan..aku tahu banyak dosaku....dosa yang aku lakukan saat aku lalai dibuai keseronokan dunia... baru kini ku sedar...jahilnya aku sebagai seorang hamba Mu...Ampunkan dosa-dosa ku Ya Allah....Ampunkn dosa-dosa kedua ibu bapa ku , dosa-dosa guru-guru ku, dosa sabahat-sabahatku..Kau lindungilah kami dari azab neraka Mu Ya Allah atas kelalaian kami ..
Dalam beberapa hari saja...semuanya berubah...adakah semua ini kehendak Mu Ya Allah untuk hamba Mu yang daif ini..seandainya jika apa yang berlaku ini adalah kehendak Mu.aku harapkan ada sinar yang menanti.. Jangan lah kau biarkan aku hidup keseorangan di dunia ini dan di akhirat...yang menjerumus ku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran...Kau kuniakanlah pada ku seorang insan yang mencintaiMu Ya Allah..menjadi isteri yang solehah untukku.. yang sentiasa menjadi makmum ku...yang menjadi ibu yang mithali untuk zuriatku...
Namun..dalam kekecewaan ini..masih ada perasaan yakin...bahawa dia akan kembali...tetapi aku perlu lepaskan supaya dia mencari apa yang dia inginkan dalam hidupnya...andai jodoh itu milik aku dan dia.. pasti dia akan kembali... andai dia pergi tak kembali..maka dia bukan dicipta dari tulang rusukku... apa yang perlu aku lakukan ialah berdoa..itulah harta yang aku miliki...doa dengan penuh keikhlasan...
Aku akan kembali meneruskan kehidupan ku.. aku milik Mu Ya Allah...selagi nyawa ku masih berada di jasad, Aku akan melaksanakan tanggungjawab ku untuk Mu dan juga kepada kedua ibu bapaku...walaupun tiada lagi gelak tawa dalam hidupku..namun aku pasti aku mampu bahagia walaupun dia tiada disisi...
Misi utamaku...membawa kedua ibu bapaku menuju ke Tanah Suci Mu untuk menunaikan HAJI.... semoga Kau permudahkan urusan ku aminnnnnnn Ya Rabbal Alaminn......
Kepada sidia andai terbaca maafkan diri ini..maafkan segala-galanya..mungkin dalam proses mengenali diri ini ada terlanjur kata yang membuatkan kamu kurang selesa..maafkan sekali lagi andai penulisan ini membuatkan kamu bertambah benci pada diri ini.. perginya diri ini dari hidup kamu...maka berakhirlah impian ku untuk memiliki mu....satu saja pesanku.. Cintailah seseorang bukan kerana rupanya, bukan kerana hartanya... tetapi Cintailah dia kerana agamanya...pasti kamu akan menenui kebahagian.... salam persabahatan dari ku... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
-Muhammad Al Nasuha

Tuesday, December 6, 2011
Majlis Pertunangan Ckin & Azim
Majlis Pertunangan Nor Asyikin Bt Mohd Khozan & Mohd Azim
Tarikh : 26 November 2011
Lokasi : Kg Lalang , Baling , Kedah Darul Aman
Tarikh : 26 November 2011
Lokasi : Kg Lalang , Baling , Kedah Darul Aman
Selamat bertunang kepada Cik Ckin (adir Ipar Abg saya) yang selamat melansungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihanya pada 26 November 2011. Dia minta aku tolong editkan.. ni lah hasilnya.. lagi pun guna kamera digital biasa ja ni.. nk cantik kena la pakai DSLR kn hehe
Monday, December 5, 2011
Dengarlah Wahai Hati
Wahai hati.....
bersabarlah menempuhi ujian dari Allah untuk kamu...
mungkin suatu hari nanti pastikan akan ada jua sinar untukmu..
usahlah kamu berputus asa mendapatkan apa yang kamu mahu…
teruskan berusaha dan berdoa pada Tuhan mu…
semoga Dia mendengar doa dan rintihan mu….
Jangan sesekali lupa kepada Pencipta mu itu..
DIA Maha Berkuasa diatas tiap-tiap sesuatu..
Wahai hati..
Jika dia bukan ditakdirkan untuk bersama kamu…
Usahlah kamu menangisinya….
Mungkin dia ada sebabnya yang kamu sendiri tak tahu…
Mungkin itu yang terbaik untuk dirinya dan kamu…
Sedarlah wahai hati…
Kamu ibarat enggang dan pipit…
Mana mungkin kamu dapat bersatu..
Kecualilah itu ketentuan Ilahi dia jodoh kamu….
Wahai hati…
Namu percayalah pada diri….
Andai kamu ikhlas mencintai dirinya..
Pasti akan ada sinar untuk kamu bersama dengannya….
Walaupun kamu terpaksa bersaing dengan orang yang cuba dekatinya…
Kamu pasti akan memilikinya….
Jangan mudah mengalah dengan cabaran dugaannya..
Teruskan cuba dan mencuba..
Walaupun terpaksa menunggu entah bila…
Penantian yang mungkin hanya sia-sia…
Wahai hati…
Mintalah pada Allah supaya ditunjukkan jalannya…
Bangun di pagi hari takkala semua orang tengah dibuai mimpi..
Berdoalah apa yang kamu inginkan untuk hidup kamu…
Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani…
Berdoalah dengan penuh keikhlasan dan pengharapan…
Agar semua impian mu di makbulkan oleh Ilahi..
Wahai hati….
Andaikata dia terbuka hati untuk menerima mu….
Jagalah hatinya seperti mana kamu menjaga hati ibu bapamu…
Jangan persiakan hidupnya…
Sekali hatinya terluka pasti susah untuk sembuh seperti sediakala…
Titipkanlah kebahagian dalam hubungan kamu….
Jagalah batas-batas pergaulan antara kamu dengan dia…
Mintalah agar hubungan itu direstui oleh Ilahi…
Mintalah juga supaya hubungan itu terhindar dari godaan syaitan…
Agar perhubungan itu sentiasa dirahmati oleh Allah…
Jadikanlah dia isteri kamu yang pertama dan terakhir…
Sayangi lah dia seperti mana kamu menyanyangi diri kamu..
Jagalah anugerah yang amat bernilai itu sebaik-baiknya..
Didiklah dia supaya menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali..
Semoga ikatan perkahwinan kamu itu nanti menjadi sebuah ikatan…
Yang kekal abadi diduniawi dan syurgawi….
Dia Tercipta untuk Kamu…Hiasan terbaik dalam hidup kamu..
Hasil karya : Muhammad Al Nasuha
Saturday, December 3, 2011
Wahai Merak ku....
Merak .....
Mungkinkah kita dapat bersatu......
Ku ingin hidup bersama kamu..
Tapi....
Ku ingin hidup bersama kamu..
Tapi....
Aku hanya seekor gagak rimba.....
Yang mengharap perhatian dari seekor merak kayangan...
Aku ingin kau tahu......
bahawa aku mula menyukai dirimu.....
Ia hadir dalam dalam diam....
Tapi aku tahu dirimu mencari yang lebih baik dari ku...
Yang akan membuatkan dirimu lebih sempurna....
Merak.....
Ku ingin kau tahu...
Ku ingin kau tahu...
Andai aku bisa menyentuh dan mengambil hatimu...
Aku ku tanam sedalam-dalamnya dalam hati ini..
Agar ia sentiasa berada dalam hati ini...
tiada siapa yang mampu mengambilnya lagi...
biar menjadi sebahagian dalam hidupku...
dan aku ku bawa ianya pergi bila Ilahi menjemputku...
Merak....
Ku ingin kau tahu...
Aku ingin mengambil mu menjadi halal untukku...
bila sampai waktunya ku ingin kita bersatu...
dua hati menjadi satu...
membina mahligai impian ku bersama kamu
membina mahligai impian ku bersama kamu
mengecap kebahagiaan dalam suasana penuh syahdu...
Merak...
Aku tahu dirimu sudah di miliki...
namun aku akan tetap terus menanti.....
dan terus menanti...
aku percaya pasti suatu hari nanti....
kita pasti akan bertemu kembali...
kita pasti akan bertemu kembali...
andai itu ketentuan Ilahi...
Merak…..
Andai dirimu masih samar dalam membuat keputusan…
Dekatkanlah diri mu pada Maha Pencipta memohon jalan penyelesaian…
Tapi andai perlukan pergorbanan….
Aku akan berkorban untuk dirimu agak engkau dapat mencapai kebahagian…
Aku tahu siapa aku….
Tidak layak untuk bersaing dengan merak kayangan..
Gagak hanya gagak..tak bisa menandingi merak kayangan,
Biar itu semua hanya menjadi impian…
Yang akan menjadi kenangan……
Merak…
Ku ingin kau tahu..
Ku ingin kau tahu..
Andai suatu hari nanti tiada lagi insan ini di bumi ini…
Ku ingin engkau tahu…
Pertemuan dengan mu dalam alam ni….
Memberikan aku seribu kenangan yang abadi…
Andai tiada lagi gelak tawaku lagi suatu hati nanti…
Usah lah engkau tangisi….
Mungkin bukan di alam ini kita bersatu hati….
Mungkin kita akan bertemu di syurgawi…
Menjadi bidadari syurga yang indah dalam hidupku nanti..
Kerna disana hidup kita akan kekal abadi….
Merak…..
Akhir sekali ku ingin kau tahu…..
Walau siapa pun pilihanmu…
Aku hanya mendoakan yang terbaik untuk kamu dan jodohmu…
Walaupun berat untuk hati ini menerima ketentuan itu…
Namun aku pasti ada kisah disebalik apa yang berlaku…
Merak….
Ku ingin kau tahu..
Ku ingin kau tahu..
Ku tulis ini bukan untuk meminta simpati…
Bukan juga untuk menguris hati…
Tapi sekadar untuk meluahkan apa yang terbuku dihati..
Agar bisa aku luahkan agar kamu mengerti…
Keikhlasan yang ada dalam hati ini…
Maafkan andai diri ini banyak melukai hati..
Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari kelemahan diri ini..
Merak…
Akan ku tunggu mu…..
Walaupun ianya hanya sia-sia….
Namun aku percaya…suatu hari nanti…pasti aka nada sinar baru..
Maafkan diri ini sekali lagi…
Hasil karya : Muhammad Al Nasuha
Ku Ingin KAMU...
Thursday, December 1, 2011
Resepi Mee Udang Banjir Bangchik Kuala Kedah Mai
Bahan-Bahan
1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
1 camca sos tiram (xnk masukan pun xpe)
½ sudu teh gula pasir (kena rasa dulu kalau kurang kena tmbah)
4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng
Cara Membuatnya

Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Simpan air rebusan tu untuk buat kuah.
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.Rasa kuah tu bg cukup rasa masin, manim, masam.. ikut citarasa.. kemudian masukan udang td dalam kuah..biar sehingga mendidih
Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.(limau tu kalau rasa nk masam)
Selamat Mencuba yaaa kalau sedap bgtau..kalau xsedap diam2 sudah haha..
Subscribe to:
Posts (Atom)