Tuesday, September 20, 2011

Wanita - DeHearty

Wanita - DeHearty

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Lagu : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)
Lirik : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)  

Lagu ini penuh dengan kenangan...walaupun sudah menjadi kenangan namun lagu ni tak jemu di dengar berulang kali..buat insan yang pernah aku nyanyi kan lagu ini kepada dia..semoga terus dengar lagu ini walaupun kita tiada jodoh...

Sunday, September 18, 2011

Untukmu Sahabat

Sahabatku..
Siapalah kita…
Tidak mampu mengatur pertemuan..
Tapi Allah takdirkan jua kita berjumpa..
Disini bumi makmur..
Fikrah dan jiwa kita subur..
Dengan persahabatan yang luhur..

Sahabatku..
Siapalah kita…
Tidak berupaya menahan perpisahan..
Tapi Allah takdirkan jua kita berjauhan…
Kerana apabila hati sudah bertaut pada ukhwahNya..
Walaupun jauh dimata…
Tetap teguh abadi dijiwa…

InsyaAllah…
Apabila ditanya siapa kita..
Kita adalah insan yang redha…
Dengan pertemuan dan perpisahan..
Yang diatur oleh ALLAH Yang Maha Esa…

Nurkilan : MHA

Thursday, September 15, 2011

Aku Disini

aku disini...
bukan untuk menyakitkan hati..
bukan untuk kembali...
bukan untuk menagih simpati...
tapi sekadar untuk memperingati..
sesama sendiri....

aku disini....
bukan untuk menganggu...
bukan juga untuk mengharap kasihmu...
bukan meminta untuk dirindu...
cuma sekadar untuk berkongsi ilmu..
apa yang aku tahu..

aku disini..
bukan untuk dihina...
bukan juga untuk menjadi pujangga...
dan bukan juga untuk mendapat nama...
hanya untuk bersuka-suka...
mengisi masa yang ada...

aku disini...
akan terus berkarya....
selagi ada daya...
selagi ada yang sudi membaca
tidak kira dimana jua berada...
aku akan terus dan terus berkarya...
hingga hingga hujung nyawa...

nurkilanku : Mohd Hairee Azizan aka adeq macho :)

Tuesday, September 13, 2011

Panduan Solat Sunnat Istikharah


Solat Sunnat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

doa-istikhaerah
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Panduan Solat Taubat


Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktumakruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
  • 027alquran3.gif
    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
munajat1.jpg
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
penghulu.jpg
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Tanda- Tanda Sebelum Kematian


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada  keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.
Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.  Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri

Doa Untuk Kedua Ibu Bapa

DOA UNTUK IBU BAPA
__________________
Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu yaAllah.

Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan
kepadaMu kamimemohonpertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah
kurniakan nikmatkeatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
dan bukan pula orang-orang yang sesat.

Ya Allah
Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya
Engkau murkai,
aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya
Engkau tuntuti.
Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan
lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.

Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang
beriman kepadaMu dan
berbakti kepada kedua ibubapaku.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan
menyakiti hati mereka
kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh"
kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan
merekalah aku berjaya
kini, keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
dimalam ini aku terkenang semua itu
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam
kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak mungkin
dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah yaTuhanku.
Maha Suci Allah Yang Maha Besar

Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.
Amin.Amin Ya Rabal a'lamin........

Aku Bermimpi


Aku bermimpi akan suatu kehidupan
Kehidupan yang lebih baik dari pada disini
Ketika semua kesedihan dan dendam serasa merenggut separuh nyawaku

Aku bermimpi akan suatu kehidupan
Dimana tidak ada lagi tangis kesedihan dan kegundahan
Dimana semua orang hidup bergandengan satu persatu

Aku bermimpi akan suatu kehidupan
Yang jauh dari bayang – bayang kegelapan
Dan jauh dari mereka para hina..

Aku bermimpi
Akan adanya cahaya harapan di tengah semua kemalangan
Akan adanya terang penghidupan di lorong mimpi

Aku bermimpi.....


Monday, September 12, 2011

10 Tanda Dia Jodoh Kita

Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?


“ Manusia merancang, Allah menentukan..”

Doa Murah Rezeki

Ya Allah…
Sekiranya rezeki kami berada di langit,
Maka turunkanlah ia..
Jika ia berada di bumi, keluarkanlah ia,
Dan jika ia berada di lautan, maka munculkan ia..
Sekiranya rezeki kami berada ditempat yang jauh,
Dekatkan lah ia..
Jika rezeki kami ada sedikit…
Banyakkanlah ia…..
Dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami…
Mudahkanlah ia…serta pindahkanlah rezeki itu tersebut kepada kami..
Dengan Kemuliaan, Kepemurahan, dan KebaikanMu..
Dengan RahmatMu..
Wahai Yang Maha Pengasih..diantara pengasih..
Amin…amin...Ya Rabbal Alamin…….

Sunday, September 11, 2011

Coretan Hati

Cinta......
Satu perkataan yang sering diucapkan oleh pasangan yang berkasih..
Disebalik perkataan itu terselit seribu makna yang kita sendiri tidak sedar...
Cukup besar maknanya jika kita memahami sebenar-benar akan maksudnya..
Cinta tidak semestinya untuk manusia sahaja....
Cintailah Maha Pencipta kita....
Cintailah Kedua Ibu Bapa Kita..
Cintailah Agama Kita...
Cintailah Saudara sesama Islam kita...
Usah terlalu leka mengejar Cinta dunia yang banyak pancaroba...
Kelak kita akan binasa kerana Cinta...

Perasaan...
Setiap manusia yang diciptakan oleh Penciptanya mempunyai perasaan..
Perasaan itu hadir dengan sendirinya apabila kita menghadapi pelbagai situasi..
Namun jika kita gagal untuk mengawalnya pasti akan membawa musibah..
Perasaan yang dahulunya penuh kasih sayang akan bertukar sebaliknya angkara dendam..
Tanamkan dalam diri kita perasaan yang membawa kita ke jalan Allah SWT...
Sesungguhnya..hanya kita yang menentukan masa hadapan kita di dunia dan di Akhirat kelak...

Kasih Sayang..
Dimana ada cinta..disitu akan ada kasih dan sayang..
Namun kasih dan sayang yang kita semai adakah benar-benar jujur dan ikhlas??..
Perpisahan yang terjadi bermula dengan kasih sayang..
Mana perginya kasih sayang itu setelah perpisahan terjadi...
Keikhlasan itu amat penting dalam membina perhubungan...
Jika Kasih Sayang itu diabadikan untuk kedua Ibu Bapa kita alangkah indahnya hati mereka..
Kadang-kadang kita leka dengan kasih sayang dari teman isitimewa..
Sehinggakan kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai anak..
Curahkanlah kasih sayang kita kepada ibu bapa sebagai mana mereka memberikan kita
Sepenuh kasih sayang sewaktu dilahirkan sehingga kita seperti sekarang ini..
Kasih Sayang mereka sentiasa tidak pernah putus...
Wahai insan-insan yang bergelar anak-anak..
Sayangilah kedua ibu bapa kita sebelum mereka pergi menghadap ilahi...

Rindu...
Sesungguhnya..kerinduan akan hadir dengan sendirinya bila kasih sayang sudah terjalin indah..
Kerinduan untuk mendengar suara dan wajah orang yang  dicintai..
Setiap perkara yang dilakukan pasti akan terganggu disebabkan fikiran melayang mengenangkan si dia...
Dalam merindu, janganlh terlalu mengikut hati dan perasaan..
Kelak merana diri sendiri...
Rinduilah pada Pencipta iaitu Allah SWT...
Rinduilah pada Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W..
Rinduilah pada kedua ibu bapa yang membesarkan dan mendidik kita sehingga berjaya..
Rinduilah dengan sepenuh hati kita....

Perpisahan....
Jika berlaku perpisahan dalam setiap perhubungan...
Hati pasti terluka dan merana....
Segala impian yang dihajati musnah semuanya...
Berlakulah dendam dalam hati...
Ingatlah...syaitan sentiasa ada untuk menghasut kita melakukan perkara yang mungkar..
Kembalilah ke jalan Allah SWT..
Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mendengar doa dari hambanya yang dalam kesusahan...
Jangan rosakan diri kita akibat perpisahan yang terjadi...
Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya yang diketahui oleh Maha Pencipta..
Binalah semangat yang baru dalam hati...
Kerna hanya yang CEKAL Dan TABAH saja mampu untuk berjaya..
Dan Ingatlah..pertemuan pasti akan ada perpisahan..

Coretan Hati : Mohd Hairee Azizan @MHA

Saturday, September 10, 2011

Buat Awak


Assalamualaikum  awak, ?
Mungkin awak dah lupakan saya pada saat ini,
Tapi……
Saya masih teringatkan awak…..
Susahnya untuk saya melupakan awak…
Jujur saya katakan…
Semakin saya membenci awak….
Semakin kuat sayang saya pada awak…
Kadang-kadang air mata saya menitis saat teringatkan awak…
Saya sudah cuba untuk MEMBUANG PERASAAN INI  awak…
Tapi.... SUSAH SANGAT…
Walaupun saya senyum…tapi senyum tu hanya pura-pura..
Hampa awak……
Jujur saya katakan….saya kecewa sangat-sangat…
Saya berdoa pada Tuhan…agar cinta yang berputik ini..
Dihapuskan agar saya tidak terseksa lagi…
Awak..maafkan saya sebab saya masih sayangkan awak..
Masih merindui awak…
Saya tak salahkan awak atas apa yang berlaku..
Mungkin ini ujian untuk hati saya…
Saya Cuma ingin berpesan pada awak…
“ cinta tidak selalunya indah dan sempurna, tapi kita perlu cuba untuk memperindah dan mencantikannya”…
Apabila awak sudah berjumpa seseorang..hargailah dia sebaik-baiknya….
Kerna awak mungkin tidak akan memilikinya lagi… jika awak terus bersifat ego..
Saya doakan semoga Tuhan kurniakan seseorang yang dapat menjaga hati awk..
Menyanyangi awak setulus hati..
Dan saya minta maaf jika saya pernah menguris perasaan awak..
Ikhlas saya katakan SAYA MASIH SAYANGKAN AWK….
Selamat Tinggal awk…
- sumber youtube http://www.youtube.com/watch?v=hQH4CujTQhY&feature=related






Tuesday, September 6, 2011

Pemergian Yang Disanjungi...

Assalamualaikum..Alhamdulillah..ramadan telah berlalu meninggalkan kita..kemeriahan syawal telah pun dirai oleh seluruh umat islam pada tanggal 30 Ogos 2011 yang lalu..Di Malaysia, sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut serentak dengan perayaan Merdeka. Di samping meraikan Hari Raya, kita turut menghayati Hari Kemerdekaan tanah air kita.

Namun begitu, kemeriahan yang disambut direntap hati kecil ini dengan berita pemergian salah seorang sukarelawan yang mengikuti misi Bantuan Putera 1 Malaysia ke Somalia yang juga jurukamera Bernama TV iaitu Allahyarham Noramfaizul Bin Mohd Nor yang kembali ke ramahtullah pada 2 September jam 6.07 petang.

Noramfaizul Merupakan ketua Media Misi Somalia KP1M dan BAKTI.. Disahkan meninggal jam 6.07 Petang ketika membuat liputan di Mogadishu.Noramfaizul meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3..AL-FATIHAH dan Takziah buat Keluarga Mangsa.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...