Monday, June 13, 2011

Selamat Tingga-l Ferhad

Selamat Tinggal Ferhad Lirik

Dan memang susah untukku pergi
Setelah bersama
Dan cintaku kepadamu
Tetap akan ku genggam

Tapi saatnya telah tiba untuk kita berpisah
Namun paras wajahmu dalam hatiku kekal

(korus)
Selamat tinggal selamat tinggal oh
Usah ditangis usah kau rindu
Relakan kepergianku
Selamat tinggal selamat tinggal oh
Walau ku pergi kau tetap di hati
Cintaku kan kekal
Selamat tinggal oh

(ulang korus)

Selamat tinggal selamat tinggal

Cerita 2 minggu di KL

Assalamualaikum....bertemu kembali dalam ruang ini setelah agak lama mendiamkan diri tanpa berita..hari ini baru aku berkesempatan untuk menceritakan pelbagai kisah yang terjadi selama 2 minggu aku di kota metropolitan ini. Kisah yang pertama yang aku lalui sewaktu menjejak kaki di KL ini, aku di uji dengan aku tertinggal laptop aku didalam bas. dengan perasaan yang berdebar-debar aku gagahi untuk pergi semula ke puduraya untuk mendapatkan semula laptop aku. Alhamdulillah ternyata rezeki masih menyebelahi aku, laptop aku selamat dijumpai didalam bas yang aku naiki..

Cerita keduanya ialah, aku kehilangan orang yang tersayang..memang bukan ku pinta untuk berakhir dengan kesedihan..tapi apakan daya..kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya..aku hanya pasrah dengan ketentuan..mungkin tiada jodoh diantara kami...mungkin kami tiada komitmen untuk meneruskan hubungan..lebih baik berpisah secara baik..mungkin suatu hari nanti kalau ada jodoh, pasti akan bertemu jugak..andai tiada..dia bukanlah jodohku..

Ceria pasal MASUM..hampir 2 minggu kami training di padang lawn bowl di kiara..alhamdulilllah semakin hari semakin nampak peningkatan untuk semua atlet lawn bowl UM..teruskan usaha anda semua..jangan cepat sangat berputus asa dan jangan terlalu bermegah..kelak merana..pastikan apabila sampai kemuncaknya, anda lakukan yang Terbaikk... untuk pengetahuan semua..dalam team lawn bowl ni..ada satu pasanang yang kami "kenen"2kan..maksudnya kitaorang nak satukan dua hati ni untuk menjadi satu..harap menjadi kenyataan la...sorang dari sarawak dan sorang dari johor..hanya laut china selatan yang memisahkan mereka berdua...si wana...harap ko bagilah peluang kepada sam untuk membuktikan cintanya kepada ko..korang "sweet" laaa hahaha...manalah tahukan kalau ada jodoh tak kemana...so jangan lah malu2 untuk berbicara hal cinta dan kasih sayang..hehe...

Satu lagi cerita yang baru berlaku sebentar tadi..seorang atlet lawn bowl perempuan telah membuat pengorbanan untuk dirinya demi minat dan demi team kesayangan..memang tak semua dapat buat pengorbanan yang sedemikian rupa..terbaiklah kau Seha..aku respect keputusan yang kau buat tu..aku pernah alaminya masa MASUM 2010 tahun lepas dimana aku terpaksa memilih antara 2 jugak sama ada nak main masum atau pergi sabah.. tarikh pergi sabah tu sama dengan tarikh masum..so bila difikirkan dengan hati yang tenang , aku buat keputusan untuk main masum..sebab tu first masum untuk acara lawn bowl ni..so aku korbankan tiket kapal terbang yang dah tempat sejak 6 bulan sebelum masum..RM280 aku melayang macam tu je..tapi aku tak menyesal sebab aku dapat bersama dengan team..tu lebih mengembirakan aku lagi..so jangan la bersedih..kena kuatkan semangat..tingkatkan usaha..semoga pengorbanan tu berbaloi..

Akhir sekali..hurmmmmm tah la..aku sendiri masih tahu nasib aku kemudian hari..semakin hari semakin mencabar untuk aku lalui..aku perlukan seseorang yang sentiasa menyokong apa jua yang aku lakukan..semangat dari seorang teman amat penting untuk teruskan kehidupan..aku berdoa semoga suatu hari nanti akan datang kepadaku seorang insan yang benar-benar faham diri aku, kerjaya aku, dan minat aku..harap dapat insan yang mempunyai minat yang sama dengan aku...tapi kita hanya dapat merancang tapi Dia yang menentukan..setakat ni dulu utk kali ini..jumpa lagi di lain waktu...wasalam...

Sunday, June 5, 2011

hati menyendiri lagi...

kau hadir dikala aku kesepian...
hadir dengan membawa harapan...
mengejar segala impian...

namun kini....
segalanya berubah dalam sekelip mata...
berubah kerna keegoaan....
semuanya hancur dan musnah....

tapi....
aku tetap disini....
tak guna untuk menangisi...
tak guna untuk meratapi...
tak perlu bersimpati....

mungkin....
sampai disini saja semuanya...
aku harus bangun semula...
mengejar segalanya...
yang pasti..semuanya sudah tidak sama....

Oh Tuhan......
dugaan apakah yang kau berikan kepada hamba MU ini...
kuatkanlah hati ku ini...
untuk menghadapi setiap ujian dariMu...
kau jadikanlah aku seorang insan yang mempunyai hati cekal...
bersemangat dalam menghadapi segala musibah dan dugaan Mu...

cahaya.........
kau sinarilah semula hidupku ini...
kau tunjukkan kepada aku jalan kebenaran......
bawalah aku yang dalam kegelapan...
menjalani hidup dalam sinar cahaya darimu...

Ya Allah.........
kau berikan aku CINTA.....
kau temukanlah aku dengan insan yang MenCintai Mu Ya Allah...
kau buka kanlah pintu kasih sayang dalam diriku untuk mencintai hambaMu Ya Allah...
aku tak ingin bersedih lagi dengan cinta....

Wahai diri.........
kuatkanlah hatimu....
tabahkan dirimu.....
usah biarkan masalah merosakan dirimu....
yakinlah bahawa...setiap yang berlaku..
ada hikmah disebaliknya........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...